CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Bersedia hadapi kontroversi

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hanya Lelaki Ini mirip lagu Anuar Zain jadi single terbaru Hazama\rMENDENGAR saja alunan indah lirik serta melodi, lagu Pokok, pasti sesiapa pun membayangkan penyanyi, Hazama yang tampil bersama kumpulan Meet Uncle Hussain.\r\n\n\n\n\rMalah tidak keterlaluan dikatakan lagu Pokok sudah sedikit sebanyak mengangkat juara program realiti Akademi Fantasia-9 itu di kala ini sehingga menimbulkan tanda tanya adakah hanya sekadar lagu itu mampu diperjuangkan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini apatah lagi dia sudah menyandang gelaran pemenang.\r\r\n\n\n\n\nSangkaan yang timbul itu cepat disangkal penyanyi itu sebaik dihubungi HIP. \rKatanya, ruang kerjaya seninya tidak pernah kosong, malahan jadualnya juga semakin lama semakin padat.\r“Saya akui saya memang jarang keluar surat khabar atau majalah tetapi itu tidak bermakna kerja saya dalam bidang ini berakhir. Apabila tiada perkara mahu diceritakan, takkan saya mahu mereka cerita sensasi. Sebenarnya, jadual saya agak padat juga dari tahun lalu lagi. Tapi takkanlah nak bagi tahu media supaya siarkan semua aktiviti saya,” katanya sambil berseloroh.\rKata Hazama lagi yang ramah berbicara, kini dia sedang mengumpulkan bahan untuk menghasilkan album yang akan memuatkan lapan lagu.\r“Album saya akan dikeluarkan pada Ogos nanti. Sekarang ada tiga lagu yang siap, iaitu Cinta Teragung, Simetri dan Hanya Lelaki Ini. Bagi lagu Hanya Lelaki Ini, single akan keluar pada Februari ini. Ia adalah sebuah lagu  dan lirik sentuhan komposer Awi Rafael. \r“Jika ditanya kenapa saya memilih dia sebagai komposer untuk lagu itu, ini adalah kerana saya mahu mencuba setiap komposer di negara ini dan dari situlah ia menjadi penanda aras untuk saya bergerak selepas ini,” jelasnya yang berpendapat, hasil sentuhan setiap komposer adalah berbeza dan dari situ juga dia boleh memilih kesesuaian untuk melahirkan album selepas ini.\rHazama berkata, kelahiran album yang masih belum dipilih judulnya itu boleh dianggap sebagai bahan eksperimen bagi memilih cabang muzik yang sesuai dengan imej dan nada suaranya.\r“Genre dalam album ini juga pelbagai. Ada rock dan ada balada. Lagipun lagu belum siap sepenuhnya, mungkin ada genre lain yang akan muncul dalam album itu nanti.\r“Apa yang pasti, saya mahu tampil berbeza dan mencuba pelbagai genre muzik. Setakat ini saya sudah bekerjasama dengan komposer berpengalaman seperti Datuk M Nasir dan Audi Mok.\rIni adalah gabungan antara komposer lama dan baru,” katanya sambil memberitahu baru selesai membuat persembahan di Konsert K-Pop di Seri Kembangan dengan mendendangkan lagu Pokok.\rBerbicara berkenaan genre yang dirojakkan dalam album itu nanti, Hazama berkata, kerjasama dengan M Nasir menghasilkan lagu rock dan berharap langkahnya menyatukan kesemua komposer dalam satu album menjadi pencetus kejayaan untuk albumnya selepas ini.\rKatanya lagi, tahun ini muncul sebagai tahun yang mengisi jadual padatnya dengan pelbagai aktiviti seni dan jemputan menyanyi dan rezeki yang hadir itu akan diambil semuanya.\r“Saya positif untuk kerjaya saya. Kalau lima tahun lalu, saya menyanyi sekadar suka-suka, tetapi sejak tahun lalu, saya anggap nyanyian sebagai kerjaya dan periuk nasi saya. Tiada lagi nak main-main kerana serius menyanyi.\r“Bukan mudah mencapai ke tahap ini. Saya sudah muncul dalam bidang ini sejak 2006 lagi tetapi rezeki saya agak lambat,” katanya yang memberitahu diberitahu pihak pengurusannya, Astro bahawa ada pihak yang sudah menawarkan dirinya menjadi pelakon.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051035 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list