CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Trofi semangat

[Copy link]
Post time 5-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan, NS tekad mulakan langkah 2012 dengan piala pertama\rMUNGKIN Piala Sultan Ahmad Shah bukan trofi rebutan utama tetapi bagi Kelantan dan Negeri Sembilan yang bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, kemenangan dalam perlawanan sumbangsih pembuka tirai Liga Super itu membawa banyak signifikasi.\r\n\n\n\n\rJuara Liga Super Kelantan berusaha untuk mengekalkan trofi itu buat dua tahun berturut-turut, selain menjadikannya sebagai medan terbaik menyemarakkan perjuangan The Red Warriors dalam Liga Malaysia musim ini.\r\r\n\n\n\n\nSebaliknya, juara Piala Malaysia Negeri Sembilan pula berharap percubaan kali ketiga dalam perlawanan sumbangsih kali ini, berhasil membawa pulang trofi itu selepas cubaan pada 2004 dan 2010 berakhir kehampaan.\rSehubungan itu, tiada istilah sambil lewa atau tidak serius mengiringi langkah pemain kedua-dua pasukan apabila masuk ke padang kerana Piala Sultan Ahmad Shah mampu menceriakan koleksi kejuaraan skuad Peter Butler dan Mohd Azraai Khor Abdullah.\rMalah pertukaran venue pada saat-saat akhir dan kegagalan untuk menjalani latihan dengan sempurna ekoran masalah cuaca buruk di Kota Bharu juga tidak merencatkan semangat Kelantan.\r“Saya tidak mahu bercakap mengenai mereka (Negeri Sembilan) kerana lebih baik fokus kepada persiapan pasukan sendiri.\r\n\n\n\rKalau mereka ada pemain muda dan berpengalaman, kami juga ada pemain yang bagus. \r“Pada perlawanan itu (persahabatan), saya gunakan ramai pemain muda, jadi ia bukan ukuran sebenar kekuatan kami,” kata Butler merujuk kepada kekalahan 1-3 dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056809 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list