CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Genting bina projek mega RM13b di AS

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bangunkan pusat konvensyen terbesar di New York\rGENTING Malaysia Bhd terus mengukuhkan kedudukan dalam industri hiburan, riadah dan hospitaliti antarabangsa apabila dipelawa membangunkan projek mega bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM13 bilion) di New York, Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\r  Terletak bersebelahan litar lumba Aqueduct, projek itu membabitkan cadangan pembinaan sebuah pusat konvensyen dan ruang pameran bersepadu berkeluasan 3.8 juta kaki persegi, selain membesarkan ruang hiburan sedia ada di Resorts World Casino New York.\r\r\n\n\n\n\n  Pusat konvensyen yang turut membabitkan hotel 3,000 bilik itu, apabila siap akan menjadi pusat konvensyen terbesar di AS, menggantikan Jacob K Javits Convention Centre di Manhattan, yang dikritik sebagai terlalu kecil serta kurang sesuai untuk menjadi destinasi tumpuan dunia.\rGenting semalam mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Genting New York LLC Selasa lalu telah memeterai surat hasrat tanpa sebarang ikatan dengan New York State Urban Development Corporation (New York SUDC) bagi menimbangkan pembangunan projek itu.\rSurat hasrat itu adalah komitmen awal kedua-dua pihak bagi pembangunan projek berkenaan sebelum memeterai perjanjian persefahaman rasmi.\rGenting dalam kenyataan itu berkata, ia akan mengadakan rundingan terperinci dengan New York SUDC bagi melengkapkan terma cadangan pembangunan pusat konvensyen berkenaan.\r\n\n\n\r“Genting NY akan memberikan kerjasama penuh dengan New York SUDC dan pihak yang berkaitan lain berhubung terma (pembangunan projek itu).\r“Kumpulan menjangka dapat memeterai perjanjian persefahaman rasmi bagi cadangan pembinaannya pada atau sebelum 30 November ini,” katanya.\rSementara itu, Gabenor New York, Andrew Cuomo dilaporkan sebagai berkata, pihaknya menyokong cadangan Genting membina pusat konvensyen itu kerana ia mampu membantu negeri itu mengembangkan aktiviti hiburan selain menyediakan peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan lagi pendapatannya menerusi cukai.\rDatuk Bandar New York, Michael Bloomberg yang turut memberikan sokongannya menyifatkan pembinaan pusat konvensyen itu penting bagi menarik lebih ramai pengunjung datang ke negeri itu.\rDifahamkan, Genting dapat meraih peluang mengembangkan operasinya di AS berikutan banyak negerinya kini sedang  menimbang menjadikan aktiviti hiburan dan kasino sebagai langkah untuk menjana pendapatan sekali gus mengecilkan defisit bajetnya, selain mengurangkan kadar pengangguran di negara itu.\rPesaingnya di AS pula kini tidak lagi mampu bersaing dengan Genting berikutan terpaksa menanggung beban hutang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053561 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list