CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

DRB-Hicom pembida terbaik: OSK

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Saingan untuk ambil alih 42.7 peratus saham Proton Holdings makin sengit\rPERSAINGAN bagi merebut 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam Proton Holdings Bhd kian sengit, apabila satu lagi pakatan baru membabitkan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez (Arumugam-Lopez) dikatakan turut menyertainya, sekali gus menjadikan ia sebagai persaingan lima penjuru.\r\n\n\n\n\r  Selain pakatan pembida bersama Arumugam-Lopez, empat lagi pihak lain, iaitu Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh;  Kumpulan Syarikat Naza (NAZA); kumpulan pemegang saham yang dikaitkan dengan UMW Holdings Bhd; dan DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) turut menunjukkan minat terhadap pengeluar kereta nasional itu. \r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati pasaran melihat DRB-Hicom sebagai calon pilihan terbaik bagi mengambilalih saham Proton Holdings itu bersandarkan keupayaan kumpulan pengurusan, kekuatan kewangan yang kukuh serta pakatannya bersama pengeluar kereta terbesar Eropah, iaitu Volkswagen AG.\r“Kumpulan automotif diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu dilihat calon paling sesuai berikutan kelebihannya yang memiliki pakatan bersama Volkswagen AG yang mana mereka merancang menjadikan Malaysia sebagai hab terbesar bagi pengeluaran model Volkswagen di pasaran ASEAN,” jelas penganalisis OSK Research, Ahmad Maghfur Usman.\rKatanya, dari segi pembiayaan pengambilalihan pegangan Khazanah itu, DRB-Hicom tidak berdepan sebarang isu kewangan susulan paras hutang perniagaannya yang terkawal.\r“Pembiayaan tidak akan menjadi isu buat DRB-Hicom untuk mengambilalih pegangan Khazanah dalam Proton Holdings kerana berdasarkan keputusan suku keempat tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember lalu, paras gearan bersih aset berkaitan serta liabiliti kumpulan itu hanyalah berada pada 17 peratus.\r\n\n\n\r“Dengan paras yang rendah ini, ia mudah untuk ditingkatkan kepada 50 hingga 70 peratus atau lebih tinggi lagi untuk mengambilalih ekuiti Khazanah itu (termasuk menyuntik modal tambahan yang mencukupi), memandangkan Proton Holdings amat memerlukan perbelanjaan modal bagi menampung keperluan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengembangan pasarannya,” katanya.\rAhmad Maghfur berkata, selain paras gearan rendah, DRB-Hicom, juga memiliki kekuatan kewangan menerusi terbitan nota jangka sederhana Islam (sukuk) bernilai sehingga RM1.8 bilion yang akan digunakannya bagi modal kerja; membiayai projek semasa dan akan datang; perbelanjaan modal; dan pembiayaan semula pinjamannya.\rKatanya, NAZA yang kini diuruskan anak pengasasnya, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin pula adalah pembida kedua yang dilihat sesuai selepas DRB-Hicom.\r“Kelebihan yang ada pada NAZA berdasarkan kepada rancangan kumpulan itu memasang rangkaian kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia dengan menjadikan kilang pengeluaran Proton Holdings di Tanjung Malim sebagai pusat pengeluarannya,” katanya.\rSementara itu, pemerhati pasaran berkata, pembida yang berjaya kelak dijangka perlu menyuntik sekitar RM900 juta setahun khusus untuk perbelanjaan modal Proton Holdings saja.\rKatanya, jika Proton Holdings tidak lagi berhak menerima geran manfaat untuk perbelanjaan membabitkan aktiviti R&D, maka jumlah suntikan yang diperlukannya setiap tahun boleh mencecah RM1.2 bilion.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.348695 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list