CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Selangor tidak gentar: Irfan

[Copy link]
Post time 10-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jumpa juara baru Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan sulung\rTIADA rasa gusar buat jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim apabila membimbing pasukan berdepan juara baru Piala Sultan Ahmad Shah 2012, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada aksi sulung Liga Super, malam ini.\r\n\n\n\n\r  Malah, bekas pengendali Terengganu itu yakin membawa pulang mata penuh sambil langsung tidak gerun dengan kelibat penyerang import lawan, Jean Emmanuel Effa Owona.\r\r\n\n\n\n\n “Saya menonton perlawanan sumbangsih, Sabtu lalu dan dapat mengenalpasti apa kelemahan Negeri Sembilan. Saya yakin dengan kebolehan pemain sendiri untuk menang esok (hari ini).\r“Saya tak nafikan Negeri Sembilan pasti semakin bersemangat selepas menang dengan Kelantan tetapi pada perlawanan itu, kelebihan fizikal Effa gagal disaingi pertahanan Kelantan yang agak goyah.\r“Saya yakin Ramez Dayoub (import dari Lubnan) dan Nasriq Baharom dapat mengekang Effa. Cuma kita jangan biarkan S Kunanlan dan Shahurain Abu Samah bergerak bebas,” kata Irfan ketika ditemui selepas majlis penyerahan kontrak pemain Selangor di Shah Alam, pagi semalam.\rNamun, penyerang import dari Congo, Lelo Mbele masih tidak dapat diturunkan Selangor, malam ini kerana belum cukup cergas dan Irfan bakal mempertaruhkan kapten, Amri Yahyah mengetuai jentera serangan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.158537 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list