CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Azman puji pemain Kelantan

[Copy link]
Post time 12-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
\'Bukan mudah main  di  tempat  lawan dan di atas padang rumput tiruan\'\rPENGURUS Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan menewaskan pasukan jemputan Lions XII di Stadium Jalan Besar, kelmarin menghapuskan semua keraguan penyokong terhadap kemampuan pasukan menghadapi saingan musim baru kali ini.\r\n\n\n\n\r  Selain tiga mata berharga, kemenangan 2-1 ke atas Lions XII itu turut meningkatkan moral pemain beraksi lebih baik dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini selepas dikejutkan Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih, Sabtu lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Bukan mudah bermain depan penyokong lawan dan di atas padang rumput tiruan. Pujian perlu diberi kepada semua pemain kerana menunjukkan persembahan terbaik malam semalam (kelmarin) selepas dikejutkan Negeri Sembilan pada perlawanan Sumbangsih sebelum ini.\r“Tiga mata pertama  ini cukup penting kepada kami terutamanya untuk mengembalikan dan meningkatkan moral pemain sekali gus menghapuskan segala keraguan terhadap kemampuan pasukan untuk terus bersaing,” katanya ketika dihubungi semalam.\rSeperti dijelaskan sebelum ini, Azman gembira melihat kemampuan penyerang import Kelantan musim ini, Muhamad Ghaddar yang semakin menunjukkan kemampuan sebenarnya.\r“Saya puji Ghaddar. Seperti yang saya katakan, dia (Ghaddar) akan menunjukkan persembahan cemerlang jika beraksi di atas padang yang baik. Dalam perlawanan semalam (kelmarin), dia menunjukkan kelainan berbanding perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini,” katanya yang mengharapkan kemenangan kedua menentang PKNS FC, Jumaat ini.\r\n\n\n\rLagi berita menarik sekitar Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053255 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list