CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Marlon cipta ceria buat Tentera

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sathia sahkan penyerang import akan turun temu MBJB, malam ini\rKHABAR gembira menyemarakkan Tentera untuk menghadapi aksi kedua Liga Perdana menentang MBJB di Muar, hari ini apabila tonggak penyerang import, Marlon Alex James disahkan boleh beraksi.\r\n\n\n\n\r Penyerang tinggi lampai dari St Vincent & Grenadines itu terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan pembuka tirai Liga Perdana menentang NS Betaria FC, Rabu lalu selepas terbabit dalam pelanggaran dengan penjaga gol lawan, namun dia disahkan sudah pulih daripada kecederaan untuk memimpin jentera serangan skuad bimbingan B Sathianathan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Pasukan perubatan sudah menjalankan pemeriksaan x-ray ke atas Marlon dan mendapati dia hanya mengalami kecederaan ringan dan mampu diturunkan pada perlawanan menentang MBJB Muar,” kata Sathia selepas mengendalikan sesi latihan pagi semalam.\rSathia berkata, Marlon yang menjaringkan kedua-dua dua gol Tentera ketika membenam NS Betaria FC sudah kembali menjalani latihan tapi dia belum membuat keputusan sama ada mahu menurunkan pemain itu.\r“Dia masih belum 100 peratus cergas dengan saya tidak mahu memburukkan lagi kecederaan itu. Masih banyak perlawanan bakal dihadapi pasukan dan saya tidak mahu kehilangan Marlon untuk seluruh musim,” katanya.\rMenurut Sathia, sekiranya Marlon tidak diturunkan, dia masih memiliki ramai pemain mampu mengisi tempat penyerang itu, termasuk pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim lalu, Fitri Omar.\r\n\n\n\rLagi berita kemeriahan Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran, hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list