CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Lin Dan kalah: Kejutan atau sandiwara

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bukan aksi seratus peratus: Jorgensen KEJUTAN atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam.\n\n\n\n  Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.\n\n\n\n\n\n  “Saya tidak mahu terlalu yakin kerana tanpa Lin Dan, saya tetap perlu berdepan beberapa nama besar seperti Taufik Hidayat di suku akhir esok (hari ini) dan kemungkinan besar Chen Long di separuh akhir,” katanya.Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini.Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.Peter Gade turut tidak menolak kekalahan Lin Dan adalah komplot  sengaja dirancang awal China.\n\n\n“Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing. Mereka sering melakukannya,” katanya.Jorgensen yang menundukkan Lin Dan pertama kali daripada enam pertemuan akur Lin Dan bukan beraksi 100 peratus.Lagi berita sekitar Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran, hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056242 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list