CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Maybank tawar moratorium 6 bulan untuk mangsa banjir

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) menawarkan moratorium selama enam bulan bagi bayaran ansuran bulanan dan pengecualian caj tertentu sehingga 30 Jun depan kepada mangsa banjir mengikut kes tertentu.\rDalam satu kenyataan, Maybank berkata, program bantuan malapetaka akan turut diberikan kepada perniagaan, enterpris kecil dan sederhana dan pengguna, yang menerima kesan banjir baru-baru ini di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.\r\n\n\n\n\r  \"Ini adalah moratorium kelima   ditawarkan Maybank kepada pelanggannya sejak 2007 sejajar   misi kami memasukkan unsur kemanusian,” kata Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat dalam   kenyataan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Bank itu, katanya, akan memproses permintaan mendapatkan bantuan meringankan beban mengikut kes dengan sasaran mengurangkan kesukaran yang dihadapi pelanggannya. \r\"Sesetengah pelanggan menerima kesan buruk banjir itu dan memerlukan pembelaan dari segi tanggungjawab kewangan serta perlu menerima bantuan kemanusiaan untuk membantu   fokus pada komitmen masing-masing,” katanya.\rSelain itu, kumpulan insurans dan takaful bank itu, Etiqa, juga menyediakan nombor hotline tuntutan banjir 24 jam sebagai tambahan kepada langkah menggembleng unit masing-masing untuk membantu pelanggan membuat tuntutan.\rProgram bank itu ditumpukan bagi kemudahan urusan konvensional dan Islam.\r\n\n\nSesetengah  ciri utamanya ialah:\rPenundaan bayaran ansuran bulanan mengikut kes bagi pinjaman pengguna   termasuk urusan perbankan dan pembiayaan kereta sehingga enam bulan.\rPengecualian caj bagi pelanggan yang menerima kesan yang mahu mendapatkan gantian kad mesin juruwang, buku cek dan buku akaun yang musnah ketika banjir itu.\rSemakan semula permohonan dari pelanggan kad kredit mengikut kes bagi pengecualian caj lewat pembiayaan dan permohonan menaikkan had kredit.\rPelanggan boleh menelefon hotline Maybank di 1 300 88 6688 atau pergi ke cawangan berdekatan   untuk maklumat lanjut.  \rSebelum ini Maybank telah menawarkan program yang sama semasa kejadian banjir pada Januari dan Disember 2007, November 2010 dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008.  - BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 3.885772 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list