CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

AEON rancang buka mini Jusco

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AEON Co.(M) Bhd, iaitu pengendali pasar raya, pasar raya besar dan pusat membeli-belah Jusco yang berpangkalan di Jepun merancang membuka kedai konsep mini Jusco di negara ini.\rNaib Presiden dan Ketua Eksekutif AEON Asean, Nagahisa Oyama berkata, syarikat itu sedang berunding dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka kedai konsep itu yang sama saiznya seperti kedai serbaneka 7-Eleven.\r\n\n\n\n\r  “Kedai konsep mini ini sudah terbukti berjaya kerana kami sudah membuka lebih daripada 500 kedai di Filipina dan lebih daripada itu di Jepun dan Korea Selatan.\r\r\n\n\n\n\n  “Secara peribadi saya berharap dapat membuka kedai pertama di Malaysia menjelang akhir tahun ini,\" katanya kepada BERNAMA selepas majlis mengalu-alukan kakitangan baru AEON di Kuala Lumpur, semalam.\rOyama berkata, AEON masih lagi meneliti rancangan sama ada untuk memiliki sendiri kedai mini itu atau membukanya secara francais.\rBagi pengembangan rangkaian pasar raya besar dan pusat membeli-belah Jusco, beliau berkata, syarikat itu merancang untuk membuka lima hingga lapan lagi cawangan menjelang 2015.\rBeliau berkata, pada masa ini, syarikat itu memiliki dan mengendalikan 28 pusat membeli-belah, dan yang terbaru di Rawang yang dibuka pada Disember tahun lalu.\r\n\n\n\rKatanya, pembukaan sebuah pusat  beli-belah biasanya akan menelan belanja kira-kira RM200 juta, bergantung kepada lokasi dan aturan dengan pemaju.\r\"Kadang-kadang kami perlu membeli tanah dan membina, kadang-kadang pemaju akan membina dan kami hanya perlu menjalankan perniagaan.\r\"Pusat membeli-belah baru itu masih pada peringkat perancangan, justeru kami belum lagi mempunyai lokasi yang pasti,\" katanya.\rOyama berkata, pembukaan pusat beli belah Jusco yang akan datang, iaitu di Ipoh dan Manjung, masing-masing dijadualkan pada Mac dan Disember tahun ini.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list