CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Axiata intai teraju segmen baru

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AXIATA Group Bhd sedang meninjau untuk  mengambil alih lebih banyak perniagaan dalam segmen selain daripada perkhidmatan telekomunikasi mudah alih di luar negara tahun ini sebagai sebahagian usaha  meningkatkan sumber pendapatannya.\rPresiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, berkata kumpulan berkenaan  lebih agresif meneroka peluang dalam banyak bidang yang berpotensi meningkatkan asas pendapatannya, khususnya membabitkan segmen bukan terasnya selama ini iaitu telekomunikasi mudah alih.\r\n\n\n\n\r  “Apabila mengatakan rancangan pengambilalihan perniagaan yang lain, ia bagaimanapun masih mempunyai kaitan dengan perkhidmatan mudah alih yang dijalankan kumpulan selama ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami meninjau peluang dalam bidang isi kandungan, hiburan, pembayaran elektronik dan dagangan elektronik,” katanya selepas majlis pelancaran Program Pembangunan Bakat Muda Axiata di Kuala Lumpur, semalam.\rPelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Axiata, Tan Sri Azman Mokhtar.\rJamaludin berkata, meskipun mempunyai rancangan untuk mengukuhkan lagi perniagaannya dalam segmen selain mudah alih namun tegasnya, secara relatif sumbangan daripada perniagaan itu kepada kumpulan adalah kecil.\rAxiata juga, katanya masih belum mengenalpasti pasaran dan syarikat dalam segmen selain mudah alih yang berpotensi untuk diambil alih tahun ini.\r\n\n\n\r“Kami belum boleh mendedahkan secara lanjut lagi buat masa sekarang. Rancangan itu masih di peringkat awal,” katanya.\rBeliau menambah, Axiata dijangka memperuntukkan perbelanjaan modal bernilai RM4.2 bilion tahun ini, iaitu hampir sama dengan tahun lalu yang akan digunakannya untuk mengukuhkan lagi asas perniagaan kumpulan.\r“Kami akan mengumumkan rancangan lanjut perniagaan kumpulan tahun ini pada penghujung bulan depan. Buat masa ini, kami masih  dalam tempoh mengemas akaun dan mengumumkan keputusan kewangan serta petunjuk prestasi utama (KPI) kumpulan pada akhir Februari,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.526746 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list