CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Tan Chong Motor yakin jualan tetap meningkat

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia yakin masih mampu  mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ini walaupun masih menerima kesan daripada banjir besar di Thailand.\rPengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, tahun lalu ETCM menjual 33,000 unit pelbagai model Nissan dan menjangka jualan tahun ini akan berkembang pada kadar hanya satu angka.\r\n\n\n\n\r  “Kami menjangkakan jualan pada suku pertama tahun ini sedikit perlahan berikutan kesan bencana itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci kepada pemenang kempen Pandu Uji dan Menang, di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam perkembangan lain, Ang berkata, kilang automotif kumpulan itu di Danang, Vietnam yang mula dibina pada Jun 2010 akan memulakan operasinya menjelang Mac ini.\r“Sebagai permulaan, kilang itu akan memasang kenderaan segmen B dengan kapasiti pengeluaran sehingga 1,200 sebulan khusus bagi pasaran Vietnam dan Indochina.\r“Jumlah berkenaan akan bertambah mengikut permintaan semasa,” katanya.\rSementara itu, pada kempen pusingan kedua berkenaan, Tengku Norul Karlina Tengku Yunus dari Kuala Lumpur dipilih pemenang dengan membawa pulang sebuah Nissan Sylphy bernilai RM114,880.\r\n\n\n\rPusingan ketiga kempen berkenaan yang menawarkan sebuah Nissan Teana atau 370Z sudah bermula 1 Disember lalu dan akan tamat pada 31 Mac ini.\rUntuk menyertainya, peserta hanya perlu memandu uji sebarang model kenderaan Nissan di bilik pameran ETCM atau pengedar sah yang mengambil bahagian.\rSetiap pandu uji akan diberikan satu penyertaan manakala mereka yang membeli kenderaan Nissan akan memperoleh enam penyertaan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.308904 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list