CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Emirates guna 30 Airbus A380

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EMIRATES bercadang beroperasi menggunakan 30  Airbus A380, pesawat terbesar di dunia, bagi penerbangan harian dari Dubai ke 15 destinasi utama seluruh dunia termasuk Malaysia tahun ini.\rNaib Presiden Kanan Bahagian Operasi Komersial Timur Jauh dan Australasia Emirates, Richard Jewsbury, berkata  kini Emirates memiliki 20 pesawat A380 dan menjangkakan memiliki 10 pesawat tambahan menjelang hujung tahun ini.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, A380 bukan saja dapat mengurangkan kos operasi syarikat, tetapi mampu menyokong permintaan perkhidmatan penerbangan harian global yang semakin meningkat.\r\r\n\n\n\n\n“Kemampuan A380 membawa hampir 500 penumpang dapat mengurangkan jumlah pesawat komersial berada di ruang udara serta kesesakan di lapangan terbang utama dunia,” katanya pada taklimat media Airbus A380 Emirates di ibu pejabat Emirates di Dubai, baru-baru ini.\rMengulas kapasiti penumpang yang mampu dibawa A380 miliknya, Jewsbury berkata, penerbangan yang disediakan terbahagi kepada dua jenis pesawat iaitu dengan jumlah tempat duduk 489 dan 517.\rBeliau berkata, bagi pesawat A380 dengan 489 tempat duduk, ia digunakan untuk penerbangan jarak jauh bagi keselesaan penumpang.\r“Maklum balas diterima daripada penumpang A380 Emirates secara keseluruhannya adalah positif.\r\n\n\n\r“Selain  ruang tempat duduk lebih luas, pengenalan beberapa produk utama dalam pesawat disifatkan unik hanya dapat dinikmati menerusi A380,” katanya.\rAntara produk unik yang disediakan bagi penerbangan A380 termasuk bilik mandian spa untuk Kelas Pertama, kerusi boleh diubah sebagai katil menerusi kelas premium dan 1,200 siaran hiburan untuk semua kelas dikenali ICE (Maklumat, Komunikasi dan hiburan).\rKini, Emirates A380 bagi laluan Dubai-Kuala Lumpur menyediakan 21 penerbangan seminggu tanpa henti.\rAirbus A380 syarikat terbabit turut menyediakan perkhidmatan penerbangan harian ke Melbourne-Kuala Lumpur.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.461990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list