CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Francis, Da Silva belum pasti bantu Terengganu

[Copy link]
Post time 17-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TERENGGANU belum pasti sama ada akan menggunakan khidmat dua pemain import apabila menentang Sarawak, malam ini tapi apa yang pasti Mat Zan Mat Aris minta setiap pemain mengulangi corak garang sama ketika menewaskan FELDA United tempoh hari.\rDua awang import yang mencetus isu besar, baru-baru ini iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil difahamkan mungkin turun beraksi dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching selepas keputusan ujian perubatan.\r\n\n\n\n\r “Kami yakin jika mereka berdua beraksi, pasukan akan lebih mantap dan menguatkan pasukan,” tegas Mat Zan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Dia turut menagih aksi membanggakan Mohamad Ashaari Shamsuddin yang menyumbang dua gol membantu pasukan membelasah FELDA 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Dia mahu penyerang itu mengulangi kelibat sama untuk menumbangkan barisan didik Robert Alberts di laman sendiri.\rSementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh (atas) berkata, pihaknya kini hanya menunggu keputusan daripada FAM sama ada boleh menurunkan Francis dan Erison Da Silva, malam ini.\rKatanya, segala dokumen berkaitan dua awang import itu sudah selesai dan mereka hanya perlu menjalani ujian untuk Hepatitis A dan C sahaja.\r“Jika keputusan ujian ini diluluskan dan mendapat isyarat jelas daripada FAM, kedua-dua pemain ini bakal menyertai rakan sepasukan mereka yang lain,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 2.150489 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list