CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Bina Puri raih kontrak Pakistan

[Copy link]
Post time 18-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BINA Puri Holdings Bhd (Bina Puri) mengembangkan lagi perniagaannya pada peringkat antarabangsa apabila memperoleh kontrak pembinaan dan konsesi Lebuhraya Karachi-Hyderabad Motorway (M-9) di Pakistan bernilai RM864 juta.\rKonsesi lebuh raya bagi tempoh 28 tahun itu diperoleh kumpulan berkenaan menerusi anak syarikatnya di Pakistan, Bina Puri Pakistan (Pte) Ltd.\r\n\n\n\n\r  Kumpulan berkenaan juga dijangka dapat menyiapkan kerja pembinaan lebuh raya berkenaan dalam tempoh 30 bulan.\r\r\n\n\n\n\n  Dengan pemerolehan kontrak itu, ia meningkatkan nilai tempahan projek dalam tangan kumpulan itu kepada RM2.31 bilion.\rMengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Tee Hock Seng, berkata kejayaan kumpulan itu meraih projek konsesi itu membuktikan kewibawaan serta kemampuan kontraktor Malaysia bersaing dalam tender antarabangsa.\r“Bina Puri memenanginya selepas mengemukakan cadangan terbaik dari segi teknikal dan kewangan (berbanding pembida antarabangsa lain).\r“Dengan projek itu ia turut membantu kumpulan membina hubungan yang baik dengan Kerajaan Pakistan, pada masa sama memberi manfaat dari segi ekonomi dan geografi kepada penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\rKumpulan itu, menerusi Bina Puri Pakistan memeterai perjanjian konsesi berkenaan dengan Pihak Berkuasa Lebuhraya Pakistan di Islamabad, Isnin lalu.\rTee berkata, di bawah projek M-9 itu, ia antara lain membabitkan kerja menaik taraf laluan empat lorong di Lebuhraya Karachi-Hyderabad kepada enam lorong membabitkan laluan kenderaan sepanjang 136 kilometer dan akan dilaksanakan menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT).\r“Projek M-9 itu turut memperlihatkan satu lagi pencapaian kedua Bina Puri dalam mengambil bahagian menerusi projek berkonsepkan BOT, selepas membuktikannya menerusi projek KL-Kuala Selangor Expressway Bhd (Latar Expressway),” katanya sambil menambah kumpulan menjangkakan majlis pecah tanah projek itu akan dilakukan sekitar Mac ini.\rLebuhraya Karachi-Hyderabad ialah laluan masuk utama ke Pakistan dan antara lebuh raya yang sering digunakan, susulan peranan Karachi sebagai bandar pelabuhan tunggal negara itu.\rSepanjang jajaran laluannya, ia mempunyai tujuh persimpangan, dua kawasan perkhidmatan henti dan rawat dan enam belas plaza tol.\r“Bina Puri kini sedang berunding dengan sumber pembiaya kumpulan bagi memuktamadkan dana kewangan membiayai projek berkenaan, yang mana ia perlu diperoleh dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian konsesi itu dimeterai,” katanya.\rTahun lalu, Bina Puri memperoleh projek pembinaan di Pakistan membabitkan kontrak membina 174 unit vila di Defence Raya Golf & Country Club untuk Defense Housing Authority (DHA) di Lahore bernilai RM85 juta. \rKumpulan itu pada 2010, turut menyiapkan pembinaan Kilang Cat Nippon di Ferozefur Road, Lahore dengan jumlah kontrak sebanyak RM16.5 juta.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.227403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list