CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

Perak lega, NS belum mengalah

[Copy link]
Post time 19-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Berkat kesungguhan: Norizan -  Satu pengajaran: Azraai\rJURULATIH Perak, Norizan Bakar menyuarakan perasaan lega melihat persembahan bertenaga ditunjukkan anak buahnya ketika merakamkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di laman sendiri, kelmarin.\r\n\n\n\n\r  “Alhamdulillah berkat kesungguhan setiap pemain kami berjaya mencatat kemenangan. Pujian harus diberi kepada pemain kerana berjuang habis-habisan  mencapai kemenangan. Walaupun ketinggalan mereka berjaya bangkit melakar kemenangan penting ini,” kata Norizan.\r\r\n\n\n\n\n  Namun, pengendali berkenaan tidak menolak hakikat betapa masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki segera menjelang pertemuan dengan Johor FC di Pasir Gudang, Sabtu ini.\rTertekan selepas aksi longlai ketika bertemu Selangor di Stadium Bukit Jalil empat hari lalu, pemain Seladang termasuk pemain import, Lazar Popovic menyajikan aksi bertenaga – tambahan mencipta peluang untuk Akmal Rizal Rakhli menjaringkan dua gol.\rSementara itu, Negeri Sembilan belum mahu menekan butang panik sebaliknya menyifatkan hari suram itu sebagai proses pembelajaran kepada pemain muda.\rKetua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata kekalahan itu bukan bermakna prestasi skuad bimbingannya itu sudah menurun tetapi akur beberapa kesilapan dilakukan barisan tengah menjadi punca mereka dihukum tuan rumah.\r\n\n\n\r“Saya percaya kekalahan malam tadi memberi pengajaran kepada setiap pemain terus bangkit mempertahankan reputasi pasukan mencapai kemenangan dengan persembahan lebih mantap selepas ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list