CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Irfan pening

[Copy link]
Post time 19-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Pemain harus bangkit jumpa Sarawak Sabtu ini’\rEPISOD pilu di Stadium Hang Jebat, kelmarin sekadar membuat jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim pening ketika menceritakan betapa tumpul jentera serangan yang gagal membocori gawang FELDA United sekali pun deretan peluang terhidang depan mata.\r\n\n\n\n\r  “Saya cemburu melihat lawan yang memiliki peluang berjaya menterjemahkan kepada jaringan dan ia amat berbaloi untuk mereka.\r\r\n\n\n\n\n “Apa pun, persembahan keseluruhan Selangor memuaskan. Tapi apa yang penting pemain harus kembali bangkit ketika berdepan Sarawak di Bukit Jalil, Sabtu ini,” kata Irfan.\rKegagalan mengaut peluang meledak jaringan jelas membawa padah apabila FELDA menang 1-0 dalam saingan Liga Super.\rSementara itu, pemain tengah kebangsaan, Safiq Rahim berkata kegagalan melakukan penyudah merencatkan hasrat Selangor memburu kemenangan.\r“Faktor cuaca bukan sebab utama kekalahan berikutan sesi latihan pasukan juga pada waktu petang.\r“Benteng FELDA United juga bermain matang ketika berkubu sehingga barisan depan kami gagal melakukan penyudah jaringan tambahan pula prestasi penjaga gol. Hamsani Ahmad amat baik pada perlawanan ini,” kata Safiq.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074177 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list