CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

'Usah ambil mudah Sime Darby'

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rekod tanpa kalah   bukan sesuatu yang boleh dibanggakan: Sathianathan\rJURULATIH Tentera, B Sathianathan mengingatkan anak buahnya supaya tidak leka atau terlalu yakin apabila turun melayani kunjungan Sime Darby di Stadium MP Selayang, hari ini.\r\n\n\n\n\r   Katanya, rekod tanpa kalah dalam semua tiga perlawanan ketika menentang Betaria FC, MBJB FC dan Harimau Muda bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya anggap lawan (Sime Darby FC) seperti harimau yang luka setelah kalah 0-1 kepada Pahang dan mereka pasti tampil garang untuk menebus kekecewaan itu apabila bertemu Tentera,” katanya.\rSehubungan itu, dia mengingatkan pemain sentiasa waspada dan mengekalkan corak dan rentak permainan sebelum ini manakala benteng pertahanan terus beraksi mantap untuk menutup ruang.\rSelepas tiga perlawanan, benteng Tentera yang diketuai Aidil Zafuan Abd Radzak cemerlang apabila tidak membenarkan gawang dibolosi lawan.\r“Saya berharap gawang pasukan kekal tidak bolos dalam perlawanan keempat ini,” kata Sathia dan menambah dia akan mengekalkan barisan yang sama  ketika membenam Harimau Muda B, 2-0, Isnin lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.330466 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list