CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

'3 kad merah hangat saingan'

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Terjahan keras tidak disangka, undang rasa hilang sabar pemain: Azraai\rKERAS dan panas! Itu rumusan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai aksi perlawanan antara Negeri Sembilan dengan FELDA United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang berkesudahan skuad bimbingannya mengutip mata penuh hasil kemenangan 1-0, malam kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin membabitkan pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar tetapi tindakan Hardi meluru ke arah tempat duduk penonton sebaik tamat perlawanan hampir mencetuskan pergaduhan.\r\r\n\n\n\n\n   Hardi dan penjaga gol FELDA United, Hamsani Ahmad, kemudian terpaksa dikawal anggota keselamatan ketika menaiki bas bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini, berikutan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan luar stadium.\rBagi Azraai, aksi terjahan keras di atas padang mengundang rasa hilang sabar pemain dan pihaknya mengakui situasi itu tidak dapat dijangka kerana masing-masing mahukan kemenangan tetapi beliau berpuas hati pemain memberi aksi terbaik untuk bangkit di laman sendiri selepas kecundang kepada Perak, Selasa lalu.\r“Tiga mata yang kita inginkan tercapai walaupun Kunanlan dilayangkan kad merah. Kemasukan Shukor Adan yang pulih daripada kecederaan banyak membantu malam tadi (kelmarin).\r“Syabas kepada pemain kerana mempamerkan persembahan seperti dirancangkan dan mencipta banyak peluang. Saya juga lega Shahurain (Abu Samah) sudah kembali menemui sentuhan,” katanya, semalam.\r\n\n\n\rPengendali berpengalaman itu yakin kemenangan kelmarin bakal menyuntik semangat dan keyakinan lebih tinggi buat skuad Hobin untuk mengumpul kemenangan dan meletakkan pasukan di kelompok teratas carta Liga Super.\r“Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list