CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Analisi Ekonomi: Rakyat Malaysia gemar berbelanja

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Isi rumah patut amal pembelian berhemah jamin kedudukan kewangan yang baik\rTABIAT berbelanja memang agak sinonim di kalangan rakyat negara ini khususnya apabila menjelang musim perayaan. Iklan jualan murah serta pelbagai potongan harga yang menarik sering kelihatan disiarkan sebagai pelaris sesuatu promosi barangan itu. \r\n\n\n\n\rNamun, aliran perbelanjaan tidak terhad kepada pembelian barangan saja malahan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan perhotelan serta automotif juga mendapat manfaat daripada sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja.\rPerangkaan seperti Kecenderungan Marginal untuk Kepenggunaan (MPC) iaitu statistik yang mengukur kecenderungan bagi isi rumah berbelanja bagi setiap ringgit kenaikan dalam pendapatan jelas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan yang mempunyai kecenderungan tinggi ke arah itu.\r\n\n\n\n\n\rSelain itu, kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan pengguna di negara ini telah mengalami perubahan dalam tabiat perbelanjaan dengan perbelanjaan terhadap barang bukan keperluan seperti restoran dan hotel, komunikasi, rekreasi dan kebudayaan telah meningkat berbanding perbelanjaan terhadap keperluan asas. \rPerkara ini di sebabkan peningkatan dalam pendapatan boleh guna serta faktor pengumpulan kekayaan. \rPersoalannya, adakah ini sesuatu yang sihat bagi ekonomi negara? Sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi terbuka, ancaman seperti kelembapan ekonomi dunia akan memberi kesan langsung terhadap prestasi eksport serta sektor pembuatan atau perkilangan. \rDari sudut perniagaan, kecenderungan untuk berbelanja oleh isi rumah jelas menunjukkan negara mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik.    \rKecenderungan berbelanja ini akan memastikan permintaan kekal terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan. \rIa sekali gus akan mewujudkan peluang pekerjaan jika pernigaan memilih negara kita sebagai hub pengeluaran mereka. \rSebagai contoh, rangkaian peruncitan hiper serta jenama kenderaan dari  Jepun sudah lama bertapak di negara ini dan pelbagai peluang pekerjaan juga di wujudkan hasil daripada pelaburan asing oleh syarikat ini. \rNamun, tabiat berbelanja  seharusnya berlaku secara seimbang supaya tidak menggalakkan pembaziran akibat perbelanjaan yang melebihi had.  \rSetiap individu harus mempunyai belanjawan bulanan serta memantau setiap perbelanjaan dikeluarkan supaya tidak dibebani hutang kad kredit berlebihan. \rSelain itu, kadar inflasi tinggi juga akan menyebabkan pendapatan boleh guna individu berkurangan. Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.\rPerbelanjaan yang berhemah seharusnya menjadi dasar teras bagi sesebuah isi rumah menjamin kedudukan kewangan yang baik. \rSehubungan itu, kerajaan mengambil langkah bijak memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh iaitu berkaitan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. \rJika usaha ini dapat dijayakan, sumber pertumbuhan ekonomi seperti perbelanjaan swasta akan dapat diperkukuhkan, sekali gus mampu untuk mengekang ancaman kelembapan ekonomi dunia. \rPenulis ialah penganalisis ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.770335 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list