CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Lynas bakal peroleh dana baru RM677 juta

[Copy link]
Post time 25-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LYNAS Corporation Ltd bakal memperoleh dana berjumlah AS$225 juta (RM677 juta) daripada satu pelabur baru, sekali gus memberikannya sumber dana lebih murah untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya di Malaysia, yang kini sedang menunggu lesen bagi memulakan operasinya.Syarikat perlombongan dan pemprosesan kimia berpangkalan di Sydney itu menjangkakan loji berkenaan akan memulakan pengeluarannya pada suku kedua ini, lewat lima bulan dari tarikh yang ditetapkannya sebelum ini, dengan andaian ia memperoleh lesen operasi sementara.\n\n\n\n  Syarikat itu berkata, anggaran kos untuk fasa pertama projek nadir bumi itu telah meningkat kira-kira tujuh peratus kepada AS$640 juta (RM1.9 bilion).\n\n\n\n\n  Lynas bersetuju untuk menjual bon boleh tukar syarikat itu kepada sebuah dana pelaburan yang diuruskan Mount Kellett Capital Management, iaitu firma mengkhusus dalam pembelian saham syarikat yang berada dalam situasi luar biasa.Sumber terdekat kepada janji niaga itu berkata, Mount Kellett mengadakan pertemuan dengan Lynas bagi mengemukakan cadangan firma pelaburan berkenaan.“Kami amat berbesar hati dengan penerimaan Lynas terhadap tawaran Mount Kellett untuk menjadi pelabur utama dan berharap terbabit dalam aktiviti pembangunan bekalan rantaian tenaga mampan yang dijana daripada nadir bumi pertama di dunia di luar China,” kata pengasas bersama Mount Kellett, Jason Maynard dalam satu kenyataan di Melbourne semalam.Dana terbaru itu akan membantu Lynas menyiapkan pembinaan dan pelaksanaan fasa pertama loji pemprosesan dan pengeluaran nadir bumi di Malaysia, yang mana ia tertangguh ekoran bantahan aktivis alam sekitar.\n\n\nLynas sebelum ini telah meraih dana pendahuluan berjumlah AS$50 juta, manakala bakinya dijangka diperoleh bulan depan.Sehubungan itu, syarikat perlombongan berkenaan memohon pembiayaan berjumlah AS$125 juta daripada JPMorgan Chase dan Sumitomo Mitsui Banking Corp, namun belum diperoleh kerana ia tertakluk dengan syarat Lynas memperoleh lesen operasi lojinya itu di Malaysia. – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 1.900996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list