CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Sime Darby ambil alih syarikat Indonesia

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  Langkah syarikat perluas operasi ladang getahSIME Darby Bhd bakal mengembangkan dengan ketara pembabitannya dalam perladangan getah untuk memanfaatkan peluang daripada permintaan tinggi dunia bagi komoditi itu susulan langkahnya mengambil alih sebuah syarikat Indonesia yang sedang dalam proses mendapatkan hak memajukan ladang getah seluas 10,000 hektar di republik itu.\n\n\n\n  Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar dunia itu berkata, syarikat milik penuh tidak langsungnya di Indonesia, PT Minamas Gemilang mengemukakan cadangan  membeli 95 peratus pegangan dalam PT Indo Sukses Lestari Makmur pada harga AS$4.356 juta (RM13.52 juta).\n\n\n\n\n\n  Katanya, di bawah perjanjian jual beli saham bersyarat itu, PT Minamas akan membeli 3,800 saham biasa bernilai 1,000,000 Rupiah setiap satu dalam PT Indo Sukses daripada SLT Capital Pte Ltd (3,500 saham) dan PT Entete Mining (300 saham). PT Indo Sukses yang ditubuhkan pada 23 April 2008 ialah syarikat yang terbabit dalam aktiviti perhutanan, termasuk pembangunan ladang dan penanaman getah.Syarikat itu kini dalam proses memohon lesen menjalankan aktiviti perniagaan getah (Lesen  IUPHHK) daripada Kementerian Perhutanan Indonesia (MOF).Dengan lesen berkenaan, ia  membolehkan syarikat itu mendapatkan hak konsesi memajukan ladang getah seluas 10,000 hektar di kawasan perindustrian ladang getah yang terletak di Timur Belitung, Wilayah Bangka Belitung, Indonesia.\n\n\n“Pengeluaran Lesen IUPHHK itu hanya menunggu kajian semula WA  yang  dilaksanakan Pengarah Pembangunan Produk Perhutanan Indonesia,” kata Sime Darby.Syarikat itu berkata, cadangan pembelian itu dijangka selesai dalam masa dua bulan daripada tarikh pelaksanaan perjanjian itu, iaitu bermula pada 21 Januari lalu.Sementara itu, jurucakap Sime Darby ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam berkata, pengambilalihan kepentingan dalam syarikat Indonesia itu akan membolehkan konglomerat itu meningkatkan jumlah keluasan ladang getahnya kepada lebih daripada 18,000 hektar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051171 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list