CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Gabon, Tunisia mara ke suku akhir

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LIBREVILLE: Gabon dan Tunisia menjadi pasukan terbaru mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika kelmarin tatkala Maghribi dan pendatang baru, Niger tersingkir.\rDua perlawanan penentuan Kumpulan C di Libreville kelmarin. Perlawanan pertama menyaksikan, Tunisia juara 2004 menewaskan Niger 2-1 untuk meletakkan sebelah kaki ke suku akhir sebelum aksi Gabon menentang Maghribi.\r\n\n\n\n\r   Kemudian, pada perlawanan di Stadium L’Amitie, Gabon tampil berdepan Maghribi yang bertarung untuk meneruskan kemaraan selepas tewas perlawanan pertama kepada Tunisia.\r\r\n\n\n\n\n   Tentunya tidak seorang pun daripada 40,000 penonton yang membanjiri stadium untuk menyokong pasukan kebangsaan mereka akan melupakan perlawanan itu yang menyaksikan empat gol dihasilkan pada 15 minit terakhir, dengan dua daripadanya terhasil pada masa kecederaan.\rMaghribi, dengan penalti yang diterima pada masa kecederaan yakin mereka sudah melakukan yang secukupnya untuk meneruskan kemaraan tetapi akhirnya kecewa apabila sepakan percuma lencong Bruno Mbanangoyes pada minit terakhir daripada lapan minit masa kecederaan menyaksikan mereka tewas.\rGabon di ambang meraih kemenangan pada masa sebenar perlawanan selepas gol daripada Pierre-Emerick Aubameyang dan Daniel Cousin masing-masing pada minit ke-73 dan ke-77 meletakkan mereka di depan selepas gol pembukaan oleh Houssine Kharja.\rNamun, apabila pengumuman di stadium menggesa penyokong fanatik supaya ‘kekal bertenang, kekal bertenang’ Kharja tampak merosakkan sambutan Gabon apabila menyempurnakan sepakan penalti minit ke-91 setelah bola terkena tangan Charly Moussono.\r\n\n\n\rKeputusan itu turut meletakkan Tunisia layak ke suku akhir, kedua-dua pasukan itu menyertai Equatorial Guinea dan Ivory Coast yang sudah pun layak. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051376 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list