CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Razip harap import

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA Lumpur kini giat mengenal pemain import terbaik bagi menggalas cabaran pasukan itu di pentas Liga Super selepas masih buntu untuk mengutip kemenangan  pertama selepas lima perlawanan setakat ini.\rHanya sekali seri ketika berdepan PKNS , skuad Warga Kota berusaha mengikat bintang import menjelang tarikh tutup pendaftaran pemain asing, 13 Februari ini.\r\n\n\n\n\r   Jurulatihnya, Razip Ismail berkata, beberapa pemain  luar sedang diuji termasuk dari Afrika tetapi masih gagal memikat perhatiannya dan berharap beberapa lagi pemain yang dipanggil untuk sesi ujian mampu membuktikan keupayaan mereka.\r\r\n\n\n\n\n  “Jika ada bintang berpengalaman di posisi tengah, ia mampu mengimbangi kekuatan tengah lawan selain melakukan hantaran berkualiti buat barisan depan.\r“Memang agak sukar buat pemain muda kami kerana berdepan lawan hebat musim ini. Bagaimanapun, jika memilih bintang asing, pastinya kami mahu yang terbaik supaya kehadiran mereka memberi makna untuk pasukan ini,” katanya.\rKuala Lumpur akan memanaskan badan menentang Harimau Muda menjelang aksi bertemu Kedah di Stadium Hang Jebat, 8 Februari ini dan Razip yakin ia medan terbaik untuknya memilih pemain import terbabit.\rMengulas kekalahan kepada Kelantan 0-3 di Kota Bharu, dia berkata, persembahan anak buahnya tetap wajar dipuji walaupun kecundang di gelanggang lawan.\r\n\n\n\rMalah, Kuala Lumpur turut memiliki beberapa peluang jaringan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan itu untuk mengimbangi gol lawan, terutama pada babak kedua.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.167415 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list