View: 7082|Reply: 1
|
Sistem penyelenggaraan chiller secara automatik
[Copy link]
|
|
Salam.
Sebagai seorang ahli fizik, saya bukak thread ni untuk memperkenalkan satu sistem pencucian chiller secara automatik bagi centralized air-cond sistem. Kepada abang-abang mekanikal yg urus maintenance sistem untuk chiller ni, meh la baca.
Tahukah anda(ceh), chiller merupakan component dalam centralized air-cond yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik dalam satu bangunan. Setiap bulan, akan berlaku pertambahan kadar pengunaan elektrik oleh chiller.
Kenapa? Disebabkan oleh pembentukan 'fouling' atau kotoran dalam cooling water yang melalui condenser/heat exchanger tube( fungsi untuk pindah heat antara air dengan refrigerant). Makin lama, kotoran makin terkumpul pada dinding. Macam taik gigi la.. makin lama x cuci, makin tebal 'lemak' taik tu.. so bile kotoran ni terbentuk, ia akan menurunkan kadar pertukaran haba, sekaligus, menurunkan efficiency chiller tersebut. Kajian mendapati, selepas condenser manual cleaning(gosok, garas, gonyoh,dsb), kotoran ini mula terbentuk seawal 200-400 jam. Jadi cara yang ideal ialah tubes tersebut dicuci sekerap mungkin. Tapi mampu ke tokey bangunan tu nak pegi bayar upah orang menggaras, bayar duit chemicals utk cuci tubes tu.. Rabak poket.. Tu satu hal, lagi masalah besar ialah setiap kali nk cuci ni, kena la pulak tutup chiller tu. Katakan bangunan tu bangunan opis, mau lenjun baju pekerja satu opis tu sebab kepanasan.
So, ape penyelesaian?
Ada satu sistem pencucian tubes condenser secara automatik. Bukan setiap 200 jam atau 20 jam, tapi setiap 30 minit. Sistem ni memang terbukti mampu membantu tokey bangunan untuk jimatkan kos pegi bayar bulan-bulan kat TNB. Sistem ni akan dipasang pada chiller, dan die punya bola-bola span akan selesaikan proses pencucian untuk tubes tu. Sistem ni tak pakai ape-ape motor untuk gerakkan bola tu. Time ni la hukum fizik membantu. 'Differential pressure' yang menggerakkan bola-bola api melalui sistem ini. So nak tahu ape tu differential pressure? Tanya la abang Bernoulli. (nnt kiter citer lagi)
So,sape-sape otai dalam bidang mekanikel ni silalah berkongsi pendapat dan komen anda. Tengiyu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan bidang aku....
tunggu otai fizik masuk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|