CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

‘Puji melambung’

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WOLVERHAMPTON: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish memuji tahap profesionalisme anak didiknya  selepas mereka merakamkan kemenangan sulung pada aksi Liga Perdana Inggeris tahun ini menewaskan Wolves 3-0 di tempat lawan, awal pagi semalam.\rTiga jaringan Andy Carroll, Craig Bellamy dan Dirk Kuyt membolehkan Liverpool kini memintas Arsenal untuk menghuni tangga kelima liga sambil hanya ketinggalan empat mata berbanding Chelsea di tangga keempat.\r\n\n\n\n\r  Ia sekali gus menjadikan minggu penuh gemilang buat Dalglish dan anak-anak buahnya selepas mereka menyingkirkan Manchester City pada separuh akhir Piala Liga dan Manchester United pada pusingan keempat Piala FA.\r\r\n\n\n\n\n “Saya fikir ia cukup profesional. Satu persembahan berkualiti tinggi daripada  pemain. Ia reaksi cukup hebat selepas dua perlawanan sebelum ini. Perlawanan ini cukup penting kerana ia bakal menjadi penentu aksi seterusnya.\r“Saya juga berasakan  pemain harus diberi kredit apabila mereka cukup menghormati Wolves. Biarpun ketika sudah mendahului 3-0, mereka masih tidak memperkecilkan pasukan lawan.\r“Persembahan baik pada saingan Piala Liga dan Piala FA tampak memberi kami sedikit keyakinan tetapi kebangkitan sebenar selepas tewas kepada Bolton wajar dipuji,” jelas Dalglish. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.081353 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list