CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Wenger yakin Gunners lonjak

[Copy link]
Post time 3-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengendali Arsenal percaya mampu rebut kelompok empat terbaik\rBOLTON: Arsene Wenger yakin Arsenal masih mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat terbaik sekali gus layak ke kancah Liga Juara-Juara, musim depan walaupun sekadar seri 0-0 ketika menentang Bolton, awal pagi semalam.\r\n\n\n\n\r   Namun, sebelum itu, setiap perlawanan bermula sekarang sehingga tamat musim nanti perlu dianggap seperti perlawanan akhir selepas kekecewaan di Bolton yang menyaksikan dua mata tercicir bertemu kelab kelompok empat tercorot itu.\r\r\n\n\n\n\n “Sudah tentu saya yakin dapat menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik,” kata Wenger mengenai peluang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. “Perjalanan masih jauh. Saya yakin kami mampu bangkit.\r“Kami sudah melalui tempoh sukar, tewas tiga perlawanan liga berturut-turut tetapi kami juga berpeluang memenanginya. Kami yakin tetapi perlu meningkatkan permainan dari perlawanan ke perlawanan.\r“Bagi kami, setiap perlawanan kini adalah final. Kami akan memasuki tempoh di mana cabaran Piala FA, Liga Juara-Juara, dan digabungkan ketiga-tiganya, ia sesuatu yang sukar.\r“Kami rasa, dua mata yang tercicir ini adalah kerana kami terlalu yakin dapat memenangi perlawanan berkenaan. Kami sudah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.” Lebih mengecewakan, Arsenal turut kehilangan pemain tengah England, Jack Wilshere yang mengalami keretakan tulang kaki.\r\n\n\n\rDua kali percubaan Robin van Persie dinafikan tiang gol dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal mensia-siakan deretan peluang ke atas Bolton yang bergelut dalam saingan liga musim ini, tetapi sekurang-kurangnya keputusan seri berkenaan menamatkan badi tiga kekalahan sebelum ini. - AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list