CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

'Bukan niat balas dendam'

[Copy link]
Post time 5-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kim Swee mahu anak didik bangkit pada perlawanan di Manama\r“INI bukan misi balas dendam.”  Itu pegangan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menjelang pertemuan dengan Bahrain buat kali kedua dalam kempen Kelayakan Olimpik Zon Asia di Manama hari ini, selepas Harimau Muda tewas 3-2 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, 27 November lalu.\r\n\n\n\n\r   “Saya tidak percaya dengan istilah balas dendam kerana ia sebahagian daripada sifat kebencian dan jika diamalkan, kita akan merana,” kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. “Kita lihat apa yang terjadi kepada Indonesia, kerana terlalu ingin membalas dendam kepada pasukan negara, akhirnya mereka menerima padah.\r\r\n\n\n\n\n   “Jadi pendekatan saya pada perlawanan kedua ini ialah membuktikan yang kita sudah belajar daripada kesilapan sebelumnya dan esok (hari ini) pemain perlu membuktikan apa yang mereka pelajari daripada kekalahan di Bukit Jalil.”\rDalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia yang mendahului 2-0 menerusi Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli, terlepas peluang mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan C apabila dibolosi tiga kali dalam tempoh 10 minit sebelum tewas 2-3.\rSebelum itu, anak buah Kim Swee yang turut memikul misi mempertahankan emas Sukan SEA di Jakarta, tewas kepada Jepun (0-2) dan Syria (0-2). \rKemenangan ke atas Bahrain hari ini akan menghidupkan kembali peluang negara merebut tangga kedua kumpulan dan beraksi pada play-off di Vietnam.\r\n\n\n\r“Bahrain sudah tentu ada kelebihan di tempat sendiri, tetapi sokongan padu penyokong lawan bukan masalah buat pemain kita,” kata Kim Swee mengenai peluang anak buahnya di Manama. “Malah kali ini kami lebih bersedia kerana beberapa tonggak sudah pulih dan tempoh persediaan yang panjang sebelum perlawanan.\r“Bagaimanapun pemain yang sudah lama tidak beraksi belum mendapat tahap kecergasan maksimum, jadi mungkin saya tidak dapat turunkan dalam kesebelasan utama.\r“Tetapi kehadiran mereka sudah tentu memberi saya lebih pilihan di bangku simpanan, berbeza dengan situasi di Bukit Jalil di mana selepas Nazmi tercedera, saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk memasukkan penggantinya.”\rPeluang beraksi di Manama akan digunakan sepenuhnya Kim Swee untuk meningkatkan kecergasan pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad  Hazwan Bakri, sekali gus meningkatkan kekuatan skuadnya menjelang pertemuan dengan Jepun, 22 Februari nanti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list