CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Rajagobal bimbang impak rasuah remaja

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Beri kesan negatif; puji tindakan FAM kawal isu\r“PERKEMBANGAN ini tak bagus untuk generasi pemain remaja!” Itulah pandangan peribadi disuarakan pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal (kiri) mengenai  pembabitan 18 pemain dan seorang jurulatih dalam kegiatan bookie serta mengatur keputusan perlawanan.\r\n\n\n\n\r  Walaupun memuji tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka yang terbabit, Rajagobal  turut menegaskan skandal rasuah ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada imej negara dalam arena bola sepak antarabangsa.\r\r\n\n\n\n\n “Pemain perlu ikhlas untuk bermain bola sepak. Bagi saya ia satu tindakan baik daripada FAM kerana saya tahu jika perkara ini tidak diambil tindakan segera, perkara ini akan menjadi lebih teruk seperti yang pernah berlaku pada 1994. \r“Bagi kes ini, ia tidak bagus untuk pemain di peringkat remaja. Selain dikenakan tindakan, gejala rasuah ini akan memberi kesan negatif terhadap imej bola sepak negara di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.\rLaporan kelmarin menyebut 18 pemain dan seorang jurulatih daripada tiga pasukan skuad Piala Presiden menghadapi hukuman gantung seumur hidup atau larangan dua hingga lima tahun daripada menyertai pertandingan bola sepak di bawah kelolaan FAM.\rPemain terbabit terdiri daripada enam pemain daripada pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, T-Team (enam) serta MP Muar (enam).\r\n\n\n\rBagaimanapun, Rajagobal melihat kegiatan negatif itu baru di peringkat permulaan dan FAM perlu pantas untuk mengawal ia menjadi lebih teruk.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.511417 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list