CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Skandal malukan sukan negara: Shabery

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SKANDAL rasuah yang kembali menggamit kancah bola sepak tanah air perlu diselidik puncanya hingga ke peringkat akar umbi.\rMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dia mengalu-alukan ketegasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih skuad Piala Presiden namun tanggungjawab kini adalah mencari penyelesaian perkara itu tidak berulang.\r\n\n\n\n\r  “Ini adalah satu skandal yang memalukan sukan tanah air. Kita mahu semua pihak termasuk FAM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis berusaha mencari sebab terjadinya perkara itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Sekarang ini kita perlu bertindak dan tangani gejala rasuah daripada pelbagai aspek termasuk soal pembayaran gaji atau pun kelemahan kewangan persatuan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia 2012, semalam.\rMengenai kejohanan powerlifting selama lima hari yang bermula, semalam, Shabery berharap atlit negara dapat mengambil kesempatan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Paralimpik 2012 di London menerusi kejohanan itu.\r“Atlit negara boleh mengambil kesempatan bertanding di tempat sendiri memperoleh mata kelayakan. Cabaran negara lain tidak kurang hebat dengan Kazakhstan dan Iran antara pesaing hebat,” katanya mengenai kejohanan disertai 15 negara itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.131309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list