CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Pahang lonjak tangga teratas

[Copy link]
Post time 8-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PAHANG melonjak ke tangga teratas Liga Perdana selepas menewaskan Johor 2-0 di Stadium Temerloh malam tadi – memecahkan rekod tanpa kalah Johor selepas enam perlawanan musim ini.\rNamun kedudukan itu mungkin tidak bertahan lama kerana pendahulu sebelumnya, Tentera yang mengekori rapat dengan beza satu mata manakala Polis yang ketinggalan dua mata, masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding Pahang.\r\n\n\n\n\r   Azamuddin Akil muncul wira Pahang dengan dua gol pada babak pertama, pada minit ke-11 dan 28, sekali gus menjadi penentu kepada keputusan perlawanan walaupun Johor cuba bangkit pada babak kedua dengan beberapa peluang gol yang gagal disempurnakan.\r\r\n\n\n\n\n   Pengendali Pahang, Dollah Salleh gembira dengan kemenangan yang diraih malam tadi dan mengakui, aksi mantap di babak awal menjadi penentu kepada keputusan perlawanan. \r“Kami bermain baik pada babak pertama dan menguasai permainan, serta tidak melepaskan peluang yang hadir,” katanya.\r“Namun pada babak kedua, saya lihat pemain keletihan, tetapi masih dapat mengekalkan kelebihan  dan memastikan tiga mata dikutip malam ini (malam tadi). \rTumpuan kini ialah pada perlawanan seterusnya dan saya harap rentak kemenangan dapat dikekalkan.”\rPahang kini mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan dengan pasukan lain akan turun ke gelanggang Jumaat ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.062915 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list