CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

Kelibat Zubir, Muslim legakan Mat Zan

[Copy link]
Post time 8-2-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
‘Tapi saya mahu nilai tahap mereka’\rKEMENANGAN yang dilakarkan Penyu dalam empat perlawanan berturut-turut dijadikan pembakar semangat buat barisan Mat Zan Mat Aris apabila menerima kunjungan PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. \r\n\n\n\n\r   Namun, di sebalik kejayaan itu, pemain sentiasa diingatkan tidak ambil mudah keupayaan lawan yang turun dengan bersemangat untuk mencuri tiga mata dan memperbaiki kedudukan carta.\r\r\n\n\n\n\n   Mat Zan berkata, rehat seminggu cukup berharga buatnya untuk memperbaiki dan memperkemaskan bahagian tengah dan serangan yang kurang serasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.\r“Melihat kesungguhan dan keserasian pemain dalam latihan membuatkan saya yakin kami sudah sedia menghadapi PKNS malam esok (malam ini),” kata Mat Zan yang menyifatkan kemenangan ke atas pasukan kelab itu sebagai medan terbaik sebelum bertandang ke Kota Bharu untuk berdepan juara bertahan Kelantan pada aksi ketujuh liga nanti.\rKehadiran semula dua pemain skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi tanpa sebarang kecederaan juga melegakannya.\r“Sebelum menurunkan dua pemain ini, saya akan menilai dulu tahap kecergasan mereka kerana bimbang mereka masih keletihan.”\r\n\n\n\rDitanya kecederaan dialami ayam tambatan import, Francis Forkey Doe ketika bertemu Lions XII baru-baru ini, Mat Zan berkata, kecederaan pangkal paha penyerang Liberia itu tidak serius dan sudah pulih sepenuhnya.\r“Saya menghormati PKNS, juara Liga Perdana musim lalu yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim, malah kombinasi pemain tempatan dan import mereka mampu memberi ancaman kepada Terengganu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.445762 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list