CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 1

‘Chelsea hina saya’

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Nicolas Anelka mengakui tidak menyangka penamat kerjayanya di Chelsea berakhir dengan mimpi ngeri – dan menuding jari kepada pengurus Andre Villas-Boas.Pemain Perancis itu yang kini sedang menjalani latihan pra-musim di Sepanyol bersama kelab barunya Shanghai Shenhua, masih sukar mempercayai bagaimana masanya di Stamford Bridge berakhir dengan penamat penuh kehinaan.\n\n\n\n  Anelka diarahkan berlatih dengan pasukan remaja dan dipaksa menggunakan bilik persalinan berbeza dengan pasukan utama sebelum dikejutkan dengan perpindahan ke China. Dia juga dikehendaki meletakkan keretanya di tempat rizab.\n\n\n\n\n  “Mereka menghukum saya dengan meletakkan saya berlatih dengan pasukan remaja.“Saya mendapat semua peralatan sebagai pemain profesional tetapi mereka meletakkan saya di dalam bilik persalinan berasingan – itulah bola sepak.“Satu hari, anda boleh menjadi penjaring gol dan melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk kelab tetapi satu hari anda langsung tidak dikasihani.”Penyerang itu adalah antara tonggak Carlo Ancelotti ketika membantu Chelsea muncul juara berganda Piala FA dan Liga pada 2010 dan penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2008/09 dengan 19 gol.\n\n\nTetapi di bawah pengurus kelahiran Portugal itu, Anelka disisihkan dan pertahanan Alex turut menjadi mangsa apabila dia tidak mahu menandatangani kontrak baru. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 07:25 PM | Show all posts
chelsea... chelsea...ku merindui zaman jose mourinho...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048418 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list