CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

‘Ranjau Perak tetap berliku’

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENGURUSAN Perak meminta pemain kekal berpijak di bumi nyata di sebalik kejayaan merampas takhta daripada Kelantan selaku pendahulu baru Liga Super.\rPresiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk  Zainol Fadzi Paharuddin berkata ranjau bagi skuad Seladang masih berliku tetapi menghambur pujian ke atas anak didik Norizan Bakar yang mengatasi Sarawak 2-1 di Ipoh, kelmarin.\r\n\n\n\n\r  “Saya berharap pemain meneruskan rentak cemerlang ini dan tidak mudah berpuas hati.  Perjalanan masih jauh dan berliku. Ini baru perlawanan keenam,” katanya, semalam.  \r\r\n\n\n\n\n  Sementara itu, berpegang kepada pepatah lama ‘tiada rotan akar pun berguna’ Pafa mengekalkan khidmat  Lazar Popovic sekurang-kurangnya sehingga tingkap perpindahan April nanti biarpun penyerang Serbia itu masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas perlawanan keenam, kelmarin.\rZainol berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat pengurusan pasukan  yang diadakan Selasa lalu.\r“Selepas meneliti laporan dari jurulatih pasukan jawatankuasa berpuas hati dengan sumbangan Popovic biarpun masih kebuntuan jaringan. Hakikatnya ialah sukar mencari pengganti berwibawa dalam tempoh singkat ini justeru dalam ketiadaan rotan ini kita gunalah akar,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list