CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

PROTON bangun model bermutu

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DRB-Hicom Bhd tidak akan sama sekali menjadikan PROTON Holdings Bhd sebagai syarikat yang sekadar memasang kereta jenama asing, tetapi akan memastikannya dapat membangunkan dan mengeluarkan barisan model bermutu tinggi dengan memanfaatkan hubungannya dengan gergasi automotif asing.\rPengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata langkah membangunkan produk baru dengan kombinasi penggunaan teknologi kepakaran asing dan tempatan amat penting buat PROTON Holdings  menghasilkan produk bermutu tinggi dan berdaya saing bukan saja bagi pasaran tempatan, malah pada  peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, ia juga sekali gus dapat mengukuhkan keyakinan dan kepuasan pengguna terhadap kualiti jenama PROTON, serta pada masa sama memartabatkan industri automotif tempatan di persada dunia.\r\r\n\n\n\n\n  “Kita (PROTON Holdings) tidak seharusnya hanya tahu memasang produk asing atau  menjenamakan semula jenama kereta asing untuk dipasarkan sebagai model sendiri kerana cara itu  tidak progresif.\r“Kita (PROTON Holdings) harus menubuhkan pakatan strategik dengan syarikat automotif asing yang mampu memberikan kelebihan dari segi pengukuhan dan pembangunan produk baru sama ada dari segi rekaan, teknologi dan lain-lain lagi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan  eksekutif tertinggi DRB-Hicom dan Volkswagen AG (VW) sedang  berunding bagi merencanakan strategi baru  membabitkan PROTON Holdings.\rDilaporkan, ia antara lain mengaitkan kemungkinan VW menggunakan kilang pengeluaran milik PROTON Holdings di Tanjung Malim, Perak, yang kini kurang digunakan kapasitinya bagi memasang kenderaan baru dan sedia ada VW untuk pasaran Asia.\rMohd Khamil berkata, sebagai rakan strategik, DRB-Hicom dan pengeluar kenderaan terbesar Eropah itu sentiasa mengadakan pertemuan, khususnya berhubung aspek pemasangan kenderaan jenama Volkswagen di Pekan, Pahang, dan  perkara bersangkutan dengannya.\r\n\n\n\r“Kami (DRB-Hicom dan VW) sentiasa mengadakan pertemuan, ter-utama mengenai kerjasama memasang kereta VW di Pekan. Ia (pertemuan) tidak semestinya membabitkan PROTON Holdings saja,” jelasnya sambil menyifatkan strategi mengoptimumkan kapasiti kilang pengeluaran PROTON di Tanjung Malim dengan memasang produk kenderaan jenama asing sebagai perancangan masa depan yang tidak inovatif dan tidak berpandangan jauh.\r“Menjadikan rakan pengeluar peralatan tulen (OEM) datang (ke Malaysia) dengan menjual separuh daripada kapasiti kilang pengeluaran PROTON Holdings di Tanjung Malim dengan tujuan meningkatkan kembali kapasiti pengeluarannya bukanlah keutamaan DRB-Hicom,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.629960 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list