CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

Suarez, Evra jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Segenap mata akan tertumpu di Old Trafford, hari ini yang kembali menemukan dua seteru - pertahanan Manchester United, Patrice Evra bersama penyerang Liverpool, Luis Suarez selepas pertemuan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini mencetus kontroversi. Penyerang Uruguay, Suarez digantung lapan perlawanan selepas didapati bersalah akibat mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman kepada Evra pada perlawanan berkesudahan seri 1-1 di Anfield Oktober lalu yang menyalakan api perseteruan di antara dua gergasi itu dengan pengendali Liverpool, Kenny Dalglish terus menyokong penyerangnya itu.\n\n\n\n   Begitupun, sejak pertembungan Oktober lalu, Liverpool berjaya menyingkirkan United daripada saingan Piala FA di Anfield bulan lalu dan Dalglish, yang bersama pengendali United, Alex Ferguson dilihat sudah bertenang dan percaya keputusan itu membantu meredakan ketegangan di antara dua seteru itu. \n\n\n\n\n   “Semua pihak terbabit termasuk media, penyokong kedua pasukan mempunyai tanggungjawab memastikan pertemuan minggu ini diingati sebagai perlawanan bola sepak yang menarik di antara dua pasukan hebat, bukan perkara lain,” kata Dalglish dalam laman web Liverpool. “Saya fikir semua pihak yang terbabit dalam pertemuan Piala FA di Anfield mengambil bahagian bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan baik, jadi mari kita lakukannya sekali lagi. Saya yakin semua pihak mahu bercakap mengenai Suarez namun dia menerima hukuman itu, menjalani penggantungan dan kembali beraksi menentang Spurs Isnin lalu. “Ini masanya kita melupakan apa yang berlaku dan terus melangkah. Orang ramai sudah membuat spekulasi sebelum perlawanan ini namun daripada pandangan Suarez dan saya sudah bercakap dengannya, saya tahu dia akan berjabat tangan dengan Evra dan pemain United yang lain.”Musim lalu, United memecahkan rekod dengan merangkul kejayaan ke-19 EPL mengatasi Liverpool yang kali terakhir meraihnya pada 1990 dan bagi Ferguson, inilah masanya di mana semua pihak perlu mengambil serius dan melakukan sesuatu untuk memastikan insiden perkauman seperti itu tidak berulang. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061037 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list