CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Khazanah, PNB lupus aset perniagaan bukan teras

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KHAZANAH Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka melupuskan aset perniagaan bukan teras masing-masing berdasarkan dua kriteria iaitu membabitkan syarikat yang mana pemilikan ekuitinya kurang ketara, dan syarikat ‘ternama’ kurang berdaya saing, tetapi berpotensi untuk dimajukan.\rBerdasarkan kriteria itu, beberapa syarikat di bawah Khazanah dan PNB yang bergiat dalam perniagaan sektor perkhidmatan kewangan, penerbangan, pelabuhan, barangan elektrik dan elektronik, peralatan automotif dan industri berat, kesihatan dan telekomunikasi, dilihat berpotensi untuk  dilupuskan oleh kedua-duanya.\r\n\n\n\n\r“Antara aset perniagaan bukan teras di bawah Khazanah yang berpotensi untuk dilupuskan ialah; SilTerra Malaysia Sdn Bhd; Faber Group Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Time Engineering Bhd, atau Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA),” kata  penganalisis, semalam.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas langkah baru kerajaan yang inginkan Khazanah dan PNB melupuskan aset perniagaan bukan teras mereka untuk ditadbir atau diserah kepada syarikat Bumiputera berpotensi, secara tender terbuka.\rLangkah itu antara lima keputusan yang dipersetujui mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, kelmarin.\rAgenda Pembangunan Bumiputera antara perkara yang diberikan  penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang digerakkan Jun lalu bertujuan menggubal polisi, hala tuju strategik serta memantau keberkesanan pelaksanaan program serta inisiatif yang berkaitan dengan agenda pembangunan Bumiputera.\rBagi PNB, penganalisis berkenaan berkata, syarikat seperti Malaysia Building Society Bhd (MBSB); Formosa Prosonic Industries Bhd; Tracoma Holdings Bhd; dan NCB Holdings Bhd dilihat berpotensi terbabit dalam  pelupusan itu.\r\n\n\n\r“Semua syarikat berkenaan memiliki prospek tinggi untuk menyokong dan meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam sektor ekonomi negara,” jelasnya.\rMengulas mengenai cara pelupusannya pula, penganalisis itu berkata, ia harus dibuat menerusi bidaan kompetitif dan telus bagi membolehkan syarikat Bumiputera yang layak boleh membidanya.\r“Walaupun langkah ini (mengurangkan kepentingan Khazanah dan PNB) sebahagian rancangan kerajaan di bawah Model Ekonomi Baru, setiap pelupusan harus membabitkan bidaan harga terbaik dan bukan sebaliknya,” katanya sambil menambah pembida harus terdiri daripada syarikat Bumiputera yang memiliki keupayaan dari segi kewangan dan kepakaran untuk menguruskan syarikat yang bakal dimiliki itu berkembang dan mampu bersaing dengan lebih kompetitif di pasaran terbuka,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.279485 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list