CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 1

PepsiCo mahu henti lebih 8,000 pekerja

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENGELUAR minuman terkemuka dunia, PepsiCo Inc dijangka memberhentikan sehingga 8,700 kakitangannya dalam usaha menjimatkan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.51 bilion) untuk tempoh tiga tahun bagi meningkatkan perbelanjaannya dalam pengiklanan dan pemasaran jenamanya.\rHarga saham gergasi minuman itu susut 2.1 peratus kepada AS$65.30 semalam berbanding penutupan kelmarin pada AS$66.74 di New York Stock Exchange.\r\n\n\n\n\r  Syarikat yang membuat minuman soda Sierra Mist, jus Tropicana dan minuman sukan Gatorade itu juga melaporkan keuntungan suku keempat lebih baik daripada jangkaan, tetapi menjangka  bakal berlaku penurunan lima peratus dalam pendapatannya pada 2012.\r\r\n\n\n\n\n  Ia adalah percubaan Ketua Eksekutifnya, Indra Nooyi untuk menghidupkan semula perniagaan minuman Pepsi di Amerika Syarikat (AS) yang   semakin kehilangan penguasaan pasaran kepada pesaing utamanya, Coca-Cola Co.\rNooyi dikritik kerana tidak memberikan perhatian kepada perniagaan utama dalam pembuatan soda dan snek masin seperti kentang Fritos dan Doritos, sebaliknya  mengembangkan produk pilihan lebih sihat seperti kacang kuda dan minuman oat.\rBeliau mempertahankan keputusannya pada mesyuarat dengan pelabur semalam. \r“Ia adalah keputusan bersama bukan secara pilihan,” katanya kepada pelabur. \r\n\n\n\rPelaburan pemasaran akan menumpukan 12 jenama, termasuk Pepsi-Cola, Lay’s, Gatorade, Tropicana, 7-UP dan Doritos.\rUnjuran pendapatan 2012 dengan kesan tukaran asing, dijangka menyebabkan pendapatannya menurun berbanding 2011, kata Ketua Pegawai Pelaburan WP Stewart, Jim Tierney.\r“Tetapi ia akan mengambil masa dan kita mempunyai tiga ke empat suku sebelum mendapati ia berjaya atau tidak.\r“Secara positifnya, mereka melakukan sesuatu. Perbelanjaan pengiklanan tinggi adalah petanda baik dan pengurang kos amat menggalakkan,” katanya.\rSyarikat itu berkata, ia akan meningkatkan perbelanjaan pengiklanan dan pemasaran sebanyak AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada AS$600 juta (RM1.8 bilion).\rBagi 2013, PepsiCo menjangkakan pendapatannya meningkat tinggi pada kadar lingkungan satu angka.\rPembuangan pekerja itu yang mewakili tiga peratus pembayaran gaji PepsiCo akan berlaku dalam 30 negara, katanya.\rPenjimatan AS$1.5 bilion itu adalah sebagai tambahan langkah penjimatan AS$1.5 bilion yang sudah dirancang bagi tempoh sama.\rPepsiCo juga berkata, Presiden Kumpulan Global Beveragesnya, Massimo D’Amore akan bersara akhir Februari.\rSyarikat itu melaporkan keuntungan suku keempat sebanyak AS$1.42 bilion atau 89 sen sesaham, meningkat daripada AS$1.37 bilion atau 85 sen sesaham, setahun lalu. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 10:50 PM | Show all posts
sy kerje kat pepsi malaysia takde dengar mende ni pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083212 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list