CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

'Emas ini untuk Beasley'

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Fatehah cipta bangga muncul pemenang skuad negara hari terakhir      ACC  2012 \r\"SAYA hadiahkan pingat emas ini untuk jurulatih (John Beasley),\" kata Fatehah Mustapa yang mencipta bangga muncul pemenang untuk skuad negara pada hari terakhir acara trek di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, semalam.\r\n\n\n\n\r  Jelas detik kecewa pada acara pecut dapat ditebus semula apabila dia melakar sejarah selaku pelumba elit wanita pertama negara menghadiahkan emas dalam acara keirin dan akur Beasley banyak membantu cabarannya.\r\r\n\n\n\n\n  “Pada selekoh akhir tadi, saya rasa betul-betul bersemangat apa lagi dengan kehadiran ramai penonton dan keluarga yang menyokong,” kata pelumba berusia 23 tahun itu.\rPingat perak acara dimenangi Xu Yulei dari China dan Lee Wai Sze dari Hong Kong mendapat gangsa.\rFatehah yang akan terbang ke London bersama pelumba elit lain ke Piala Dunia malam ini berkata dia bagaimanapun tidak boleh terlalu yakin kerana semua negara akan turut bertanding pada siri akhir Piala Dunia itu.\r“Sasaran saya yang pertama biarlah masuk ke final dulu. Selepas itu barusaya akan fikirkan strategi seterusnya,” katanya yang mengumpul keseluruhan satu emas, satu perak dan satu gangsa pada ACC kali ini.\r\n\n\n\rSementara itu, pelumba remaja wanita, Ummi Hamimah Mohamad berjaya mengatasi masalah senggugut yang dihadapinya untuk memperoleh pingat perak dalam acara keirin remaja wanita.\rPada hari terakhir acara trek ACC dipertandingkan semalam, skuad negara berpuas hati di tempat kelima keseluruhan pungutan pingat dengan tiga emas, enam perak dan enam gangsa sementara Hong Kong mendahului kedudukan (10 emas, enam perak dan empat gangsa). \rDapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut mengenai acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064166 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list