CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Iskandar Malaysia Studios tarik penggiat filem

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah Nasional,  Pinewood Shepperton sasar bangun  fasa kedua\rISKANDAR Malaysia Studios Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Khazanah Nasional Bhd dengan studio perfileman utama United Kingdom, Pinewood Shepperton plc, akan meneruskan  pembangunan fasa kedua projek Studio Pinewood Iskandar Malaysia jika fasa pertamanya bernilai RM300 juta  yang sedang dimajukan mencatat kejayaan memberangsangkan.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Michael Lake, berkata, apabila dilaksanakan nanti, studio itu bakal muncul antara studio perfileman terbesar di dunia,\r\r\n\n\n\n\n  “Bagi pembangunan fasa pertama ini, kami hanya menggunakan 20 hektar daripada tanah seluas 32 hektar yang kami miliki.\r“Baki 12 hektar lagi akan dimajukan dalam fasa kedua. Bagaimanapun pembangunannya bergantung kepada kejayaan fasa pertama ini. Apabila dimajukan nanti, Studio Pinewood Iskandar Malaysia ini bakal menjadi antara studio perfileman terbesar di dunia,” katanya  di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rFasa pertama projek studio yang dimulakan pembinaannya pada Oktober 2010 dan dijangka siap pada Mei tahun depan itu dianggarkan mampu menjana keuntungan ekonomi sebanyak RM1 bilion kepada Malaysia dalam tempoh lapan tahun, serta mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan.\rIa bakal dilengkapi kemudahan lima pentas filem  masing-masing berkeluasan antara 15,000  hingga 30,000 kaki persegi, dua studio televisyen dengan setiap satu berkeluasan 12,000 kaki persegi, 36 bilik persalinan, enam bilik persolekan, ruang pejabat, bengkel, kemudahan pasca produksi serta sambungan jalur lebar berkelajuan  1Gbps.\r\n\n\n\rLake berkata, pihaknya giat menjalankan kempen  bagi menarik penerbit dan pengarah filem antarabangsa untuk melakukan penggambaran filem  di studio itu.\r“Ia  cabaran utama saya ketika ini namun ia bukan halangan kerana banyak faktor  boleh menjadi daya penarik  seperti kebolehan rakyat negara ini berbahasa Inggeris dengan baik, banyak lokasi yang menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list