CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Alonso janji prestasi lebih cemerlang

[Copy link]
Post time 13-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelumba Ferrari itu akui jentera  Ferrari kian serasi dan catat masa terpantas di JerezJEREZ: Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso berjanji Ferrari akan tampil lebih mengancam dalam sesi ujian rasmi kedua di Barcelona daripada apa yang ditampilkan di Jerez, selepas persembahan turun naik pada sesi ujian rasmi pertama perlumbaan itu, minggu lalu.\n\n\n\n  Sekalipun Alonso menamatkan ujian hari terakhir dengan mencatat masa terpantas, Pengarah Teknikal Ferrari, Pat Fry mengakui sebelum ini dia masih belum gembira dengan perkembangan ditampilkan pasukannya.\n\n\n\n\n\n “Saya masih berfikir perjalanan masih panjang sebelum ke Australia, dari segi berapa banyak hari dan berapa banyak ujian yang kami boleh jalankan,” kata Alonso selepas tamat sesi ujian itu.“Perkembangan dalam empat hari ini amat penting buat kami. Mungkin tidak dari segi prestasi atau masa atau apa juga pun kerana saya tidak tahu catatan masa yang kami mahukan atau keadaan litar seperti pada hari pertama dan kedua ujian dibandingkan ketika ini.“Namun apa yang pasti semua ujian yang kami lakukan, dan apa yang kami fahami dari jentera ini semuanya menunjukkan sesuatu yang positif buat kami,” kata pemandu kelahiran Sepanyol itu. “Kami akan lebih bersedia ke Barcelona berbanding ketika tiba di Jerez. Ia juga sama seperti apa yang Pat sering katakan sebelum ini,” kata pemandu yang menamatkan saingan di kedudukan keempat pada 2011.\n\n\nSekalipun yakin akan menghasilkan catatan lebih baik di Barcelona, Alonso juga merasakan penting buat program sesi ujian buat pasukan tidak tertumpu kepada isu ketahanan jentera yang mengehadkan sesi ujian buat kedua-dua pemandu pasukan, Felipe Massa dan Fernando Alonso dalam masa empat hari itu.“Saya fikir ia masih awal ketika ini dan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan,” katanya. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 2.754278 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list