CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

IPO FGVH dijangka raih sambutan pelabur

[Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyenaraian  di Bursa Malaysia  bakal lonjak   pasaran\rTAWARAN awam permulaan (IPO) FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd  dijadualkan pada 10 Mei ini dijangka mendapat sambutan daripada pelabur dalam dan luar negara susulan tarikh berkenaan adalah dalam fasa peningkatan pasaran.\r\n\n\n\n\rPenganalisis berkata, meskipun keadaan pasaran semasa agak tidak menentu ekoran krisis Eropah, namun begitu ia dijangka mula mencatatkan peningkatan menjelang akhir suku kedua tahun ini selepas langkah membendung krisis di Eropah semakin jelas dan menampakkan kesan.\r\r\n\n\n\n\nKetua Urus Niaga Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata kemasukan syarikat perladangan itu ke dalam Bursa Malaysia akan menyuntik kesegaran baru kepada pasaran saham tempatan secara keseluruhannya tahun ini.\r“Kami menjangkakan pasaran mengalami pantulan daripada penurunan pada separuh pertama khususnya dengan perkembangan luar seperti yang berlaku di Eropah, ia diunjurkan kembali meningkat pada separuh kedua.\r“Penyertaan FGVH ke dalam pasaran saham tempatan akan menyumbang lagi kepada sentimen positif sedemikian. Pasaran mahu melihat banyak berita atau perkembangan positif daripada April hingga Jun,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.\rFGVH dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Mei itu juga akan menjadi IPO terbesar di Malaysia sehingga kini dalam tahun ini.\r\n\n\n\rPenyenaraian syarikat itu dijangka membolehkan permodalan pasarannya mencecah RM21 bilion daripada hanya RM3 bilion sekarang. \rPenyenaraian cabang komersial FELDA itu akan membentuk antara syarikat perladangan senaraian awam terbesar di Malaysia dan industri perladangan global.\rBerdasarkan perangkaan semasa Bursa Malaysia, FGVH dijangka menyertai antara 15 syarikat senaraian awam terbesar dari segi permodalan pasaran yang didahului Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Sime Darby Bhd, masing-masing dengan permodalan pasaran RM64.9 bilion dan RM57.7 bilion.\rIa juga dijangka menjadi calon untuk disenaraikan sebagai komponen indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI).\rNazarry berkata, penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua peserta pasaran saham tempatan.\rSecara khusus, beliau berkata kemasukan syarikat yang bersaiz besar seperti FGVH akan merangsang minat pasaran dan membuka mata pelabur asing untuk melihat pasaran tempatan.\r“Penyertaan entiti baru seperti FGVH akan menyumbang kepada kenaikan jumlah dagangan. Kerancakan pasaran adalah sesuatu yang penting kerana ia boleh menarik minat pelabur yang sebelum ini menjauhi pasaran.\r“Peserta pasaran saham tempatan pula akan mempunyai satu lagi pelantar pelaburan yang menarik dengan pembabitan kaunter baru seperti FGVH,” katanya.\rSelepas disenaraikan, Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai oleh kakitangan dan peneroka tanah rancangan FELDA akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam FGVH dengan 37 peratus kepentingan.\rPelabur institusi termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional Bhd juga akan memiliki kepentingan masing-masing dalam syarikat itu selepas penyenaraian.\rFGVH dijangka menghantar semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan penyenaraian itu untuk dinilai oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada minggu depan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.374919 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list