CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Penduduk Asia lebih cenderung guna pengangkutan udara

[Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata penduduk Asia lebih berpotensi menggunakan pengangkutan udara berbanding rantau lain, sekali gus meningkatkan prospek pertumbuhan masa depan di rantau itu.\rIATA mengunjurkan 37 peratus daripada 3.55 bilion penumpang pengangkutan udara menjelang 2015 adalah dari Asia Pasifik, terutama di China, dengan diikuti trafik Eropah dan Amerika Utara yang akan turun kepada 29 peratus.\r\n\n\n\n\r  Ketua Pengarah dan Ketua Eksekutifnya, Tony Tyler, berkata purata penggunaan pengangkutan udara bagi seorang di AS ialah 1.8 kali setahun, Jerman (sekali setahun), China (0.2 kali setahun) dan India (0.1 kali setahun). \r\r\n\n\n\n\n  “Dalam tempoh sedekad lagi, China dijangka mencecah paras pendapatan per kapita AS$15,000. Pada paras itu pengangkutan udara tidak lagi mustahil, yang akan menghasilkan tambahan satu bilion pengguna setahun,” kata Tyler ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kepemimpinan Penerbangan Pertumbuhan Udara Singapura, semalam. \rDi segi cabaran keselamatan, Tyler menyarankan jalinan kerjasama lebih meluas di kalangan industri. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.163681 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list