CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Saham Asia: Pelan penyelamat kecemasan lonjak saham Asia

[Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PASARAN saham Asia melonjak semalam selepas parlimen Greece meluluskan langkah penjimatan baru yang diperlukan peminjam antarabangsa sebagai tukar ganti untuk pelan menyelamat kecemasan.\rIndeks Nikkei 225 di Jepun meningkat 0.6 peratus kepada 8,997.97. Penanda aras Hong Kong, indeks Hang Seng pula menokok 0.7 peratus kepada 20,928.56. Di Korea, indeks Kospi menambah 0.5 peratus kepada 2,004.42.\r\n\n\n\n\r  Pengurangan drastik dalam pekerjaan perkhidmatan awam, gaji minimum dan pencen adalah antara langkah yang diluluskan pembuat dasar di Freece dalam usaha mendapatkan pinjaman menyelamat segera kedua  negara itu.\r\r\n\n\n\n\n  Tanpa bantuan kewangan bernilai 130 bilion euro itu, Greece akan gagal membayar hutang kerajaannya yang besar bulan depan dan dijangka ditekan keluar daripada pakatan mata wang tunggal itu.\rPelabur di Asia menyambut undian di Greece itu dengan lega. Namun rakyat Greece yang bergelut untuk berdepan dengan kadar pengangguran sehingga 20 peratus dan kemelesetan selama lima tahun mengambil keputusan berarak di jalan raya  memprotes langkah itu. Rusuhan dan kebakaran berterusan sepanjang hujung minggu.\rDi tempat lain, saham hartanah China menjunam selepas bandar raya Wuhu, di timur Vhina mengumumkan penggantungan rancangannya minggu lalu untuk memberi subsidi untuk pembelian rumah dan memberikan potongan cukai bagi membantu menyokong pasaran tempatan.\rBerita itu, memberi petunjuk kelonggaran kekangan dalam pasaran saham tempatan telah melonjakkan harga saham hartanah dan berkaitan dengannya lebih tinggi pada minggu lalu.\r\n\n\n\rSatu pengumuman dalam laman web kerajaan bandar Wuhu berkata rancangan itu memerlukan lebih banyak kajian.\rSyarikat yang disenaraikan di Hong Kong, Evergrande Real Estate Group Ltd susut 6.4 peratus  manakala China Resources Land Ltd kehilangan 5.5 peratus. China Overseas Land & Investment Ltd pula menyusut 3.9 peratus.\rMinyak mentah penanda aras bagi penghantaran Mac meningkat 91 sen kepada AS$99.58 dalam dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange.\rKontraknya susut AS$1.17 untuk berakhir pada AS$98.67 di Nymex pada Jumaat.\rDalam dagangan mata wang, euro melonjak kepada AS$1.3252 daripada AS$1.3170 lewat Jumaat di New York. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060964 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list