CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Malaysia tangga kedua Kos Pemilikan Kenderaan terendah

[Copy link]
Post time 15-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA berada pada kedudukan kedua di kalangan negara ASEAN selepas Filipina yang memiliki Kos Pemilikan Kenderaan (CVO) terendah susulan langkah pemberian subsidi minyak oleh kerajaan selain daripada cukai jalan serta kadar insurans yang rendah.\rInstitut Automotif Malaysia (MIA) dalam satu analisis berkata, CVO negara adalah 39 peratus lebih rendah berbanding Thailand dan 12 peratus lebih rendah berbanding Indonesia.\r\n\n\n\n\r  Dari aspek cukai jalan dan yuran pendaftaran, Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengenakan bayaran lebih rendah 577 peratus berbanding Singapura dan dan 442 peratus lebih rendah berbanding Indonesia.\r\r\n\n\n\n\n  MIA berkata, cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan di Malaysia itu sama rendah seperti di Filipina, Thailand dan Vietnam.\rBagi aspek premium insurans tahunan kenderaan menunjukkan Malaysia mengenakan bayaran jauh lebih rendah berbanding Thailand, Singapura dan Indonesia, masing-masing dengan perbezaan sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus.\rSementara itu, Ketua Eksekutif MIA, Madani Sahari berkata, harga bahan bakar yang dijual di Malaysia juga adalah lebih rendah berbanding beberapa negara ASEAN berikutan pemberian subsidi kerajaan memberi subsidi.\r“Harga bahan bakar di Thailand paling tinggi diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina,” katanya.\r\n\n\n\rMadani berkata, berdasarkan simulasi daripada CVO Malaysia tanpa subsidi bahan bakar pula menunjukkan negara ini berada di kedudukan ketiga terendah selepas Filipina dan Vietnam.\rDalam pada itu, MIA berkata, harga kereta penumpang di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain berdasarkan analisis perbandingan ke atas beberapa model popular.\rBagaimanapun, analisis itu mendapati perbandingan harga jualan yang ditawarkan di negara ini bagi beberapa model popular adalah lebih rendah berbanding di Singapura.\rMadani berkata, harga model Honda City dan Toyota Vios dari segmen 1,500 cc yang dijual di Thailand lebih murah di kalangan negara ASEAN lain dan purata 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.\r“Ia diikuti dengan Filipina, Indonesia dan Vietnam masing-masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di negara ini bagi model berkenaan,” katanya.\rBagi segmen 1,800 cc, harga model Honda Civic di Filipina 43 peratus lebih rendah, sementara di Thailand dan Vietnam pula masing-masing 35 peratus dan lima peratus, manakala Indonesia tinggi sedikit berbanding Malaysia dengan tiga peratus.\rHarga model Toyota Altis di Thailand jauh lebih murah berbanding negara ASEAN lain dengan purata 44 peratus, diikuti Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam (tujuh peratus).\rSementara itu, bagi segmen kereta penumpang 2,000cc dan ke atas pula Filipina serta Thailand mencatatkan harga jualan Toyota Camry lebih murah di ASEAN iaitu masing-masing 32 peratus dan 16 peratus.\rNamun ia dijual lebih tinggi di Indonesia dan Vietnam iaitu sebanyak 11 peratus dan lima peratus berbanding Malaysia.\rMadani berkata, harga jualan bagi model Toyota dan Honda di Singapura pula, jauh lebih tinggi berbanding Malaysia dengan purata 137 peratus.\rBeliau berkata, dari segi perspektif lebih luas pula, apabila individu berminat untuk membeli kereta ia bermakna mereka mencari pengangkutan untuk bergerak dengan lebih selesa walaupun pengangkutan awam boleh menjadi alternatif.\r“Ia bermaksud, analisis lebih mendalam adalah perlu untuk menilai kos pengangkutan berbanding kos kereta baru,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070753 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list