CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Pendapatan perkapita Malaysia naik lebih RM28,000 setahun

[Copy link]
Post time 15-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EKONOMI Malaysia terus berkembang seperti dibuktikan menerusi pendapatan perkapita yang meningkat ketara sejak 1970, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.\rBeliau berkata, pendapatan perkapita meningkat kepada lebih US$9,000 (kira-kira RM28,000) setahun pada akhir tahun lalu berbanding hanya US$376 (RM1,159) pada 1970.     \r\n\n\n\n\r  \"Kita kini bercakap mengenai merealisasikan kepada AS$15,000 pendapatan perkapita menjelang 2020, setelah melepasi AS$9,000,\" katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) dan enam syarikat utama yang menyertai program Bakat Berpendapatan Tinggi-Jurutera Saintis Penyelidikan (HIT-RSE) di Shah Alam semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Program itu yang dilancarkan pada November tahun lalu antara SHRDC dan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), adalah antara program yang diluluskan menerusi Program Transformasi ekonomi (ETP).\rIa bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan dalam kerjaya bidang elektrik dan elektronik, minyak dan gas serta telekomunikasi.\rSyarikat yang terbabit dalam program itu adalah Marvell Semiconductor Sdn Bhd, Spansion (Penang) Sdn Bhd, Agilent Technologies Microwave Products (M) Sdn Bhd, Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd, Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd dan Rohde and Schwarz (M) Sdn Bhd.   \rMoU itu adalah selaras dengan matlamat TalentCorp untuk membangunkan kumpulan bakat Malaysia menerusi pelaksanaan inisiatif seperti Program Latihan Berstruktur (SIP).\r\n\n\n\rSIP membolehkan majikan memperoleh kumpulan bakat yang lebih besar.\rMengulas lanjut, Nor Mohamed yang juga tokoh penting dalam Lembaga Pemegang Amanah TalentCorp, berkata aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai menerusi pertumbuhan yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan kecekapan yang tinggi.\rOleh itu katanya institusi latihan seperti SHRDC mempunyai peranan penting dalam membangunkan tenaga kerja berbakat tinggi yang mampu merealisasikan hasrat itu.\r\"Meningkatkan kemahiran dan keupayaan bakat sedia ada dan akan datang sangat penting bagi menyediakan bakat   bersesuaian,\" kata Nor Mohamed.  \rSementara itu, Pengerusi SHRDC, Tham Wai Keong, berkata MoU itu mencerminkan komitmen pusat itu dalam mengeluarkan kumpulan bakat untuk menggerakkan negara ke hadapan, seperti yang dilakukan sejak 20 tahun lalu. –  BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 1.489100 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list