CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Siti Fatimah mula berkayuh

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
BERSYUKUR mengambil keputusan nekad beralih ke acara lumba basikal, bekas pelari pecut negara, Siti Fatimah Mohamad gembira apabila kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya sebagai atlit semula.“Saya tidak menyesal bertukar acara, sekurang-kurangnya kini saya boleh memberi tumpuan berkayuh saja tanpa ada gangguan politik (dalaman persatuan),” katanya yang sebelum ini mengambil keputusan bertukar acara kerana tidak sanggup lagi dibelenggu masalah politik dalaman Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).\n\n\n\n   Mula menjalani latihan di bawah Graham Seers sejak tiga minggu lalu, Siti Fatimah kini dibawa berkayuh di lebuh raya untuk mendapatkan ketahanan di samping pengetahuan asas dalam sukan lumba basikal.\n\n\n\n\n\n   Tidak pernah berkayuh sejak zaman kanak-kanak, atlit berasal dari Johor Baharu itu berkata, dia pada mulanya agak gementar apabila berkayuh di atas jalan raya namun kini semakin membiasakan diri dengan persekitaran latihan baru itu.“Berbeza dengan acara lari pecut, kini latihan saya banyak ditumpukan pada otot paha dan juga membiasakan diri dengan teknik menukar gear.“Saya belum lagi dibawa menjalani latihan di trek tetapi saya sungguh teruja apabila dapat menyaksikan pelumba berkayuh pada acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 minggu lalu dan berharap dapat mula menyertai kejohanan pada hujung tahun ini,” kata atlit 26 tahun itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.525795 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list