CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Tender Metropolis Kesihatan UM ditawar tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerja pembinaan babitkan kos RM1.25b dijadual tahun ini\rTENDER projek pembangunan bersepadu penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Metropolis Kesihatan Universiti Malaya dengan kos keseluruhannya bernilai RM1.25 bilion, akan mula ditawarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan ia beroperasi sepenuhnya menjelang 2016.\r\n\n\n\n\r  Projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Penjagaan Kesihatan itu akan menyepadukan bidang penjagaan kesihatan, penyelidikan biologi dan pasca pendidikan di bawah satu bumbung, sekali gus bakal menjadi antara kemudahan perubatan terbaik di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n  Metropolis kepunyaan anak syarikat milik penuh Universiti Malaya, UM Holdings Sdn Bhd itu, akan dibangunkan mengikut model institusi akademik perdana dunia seperti Harvard University dan Stanford University yang menggabungkan bidang pendidikan dan penyelidikan untuk membentuk pusat inovasi perubatan berdaya maju.\rMengulas perkara itu, Ketua Eksekutif UM Specialist Centre Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, berkata projek yang akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi itu, akan melalui proses pembangunan secara berperingkat.\rKatanya, kerja pembinaan dijadualkan bermula tahun ini juga dengan 10 peratus daripadanya dijangka dapat disiapkan sebelum akhir tahun.\r“Proses (mengeluarkan) tender kini sedang dalam perancangan. Projek ini adalah untuk jangka panjang dan kerja pembinaannya dianggarkan mengambil masa antara tiga setengah hingga empat tahun,” katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Transformasi Negara anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rBeliau sebelum itu menjadi antara ahli panel pada sesi pembentangan perkembangan semasa NKEA sektor penjagaan kesihatan.\rMohd Amin berkata, apabila beroperasi kelak, pusat kesihatan bersepadu itu akan menggabungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan dan penyelidikan, termasuk rancangan untuk membina kemudahan lain seperti pusat penginapan.\r“Pusat penjagaan kesihatan di Metropolis Kesihatan akan dilengkapi kemudahan 400 katil, berbanding hanya 69 yang disediakan oleh UM Specialist Centre ketika ini,” katanya.\rDi bawah rancangan pembangunannya, Metropolis Kesihatan Universiti Malaya disasar dapat menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM986 juta dan ia dijangka menyediakan 10,400 peluang kerja dalam bidang penjagaan kesihatan serta kakitangan sokongan menjelang 2020.\rUM Holdings akan menerajui inisiatif untuk membangun dan meletakkan pusat bersepadu itu sebagai hab perubatan perdana Malaysia dan menjadi antara pusat kecemerlangan perubatan serta biosains di peringkat serantau.\rPada masa sama, ia juga akan memberi akan sumbangan ketara kepada usaha Universiti Malaya untuk mendapatkan status universiti penyelidikan bertaraf dunia dengan membangunkan pusat penyelidikan perubatan yang canggih dan maju.\rUM Holdings akan menggunakan sebidang tanah di dalam kampus Universiti Malaya yang sebelumnya dijadikan kawasan perumahan disewakan dengan nilai rendah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.191021 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list