CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Singapura kurangkan tenaga kerja asing

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA menyasar untuk membina satu negara inklusif dan kukuh, dengan mengurangkan pergantungan pada tenaga kerja asing serta menerima pakai pelbagai strategi sosial dan ekonomi di bawah Bajet 2012.\rTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangannya, Tharman Shanmugaratnam, berkata bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, Singapura perlu menstruktur semula ekonominya supaya  berkembang menjadi lebih produktif dan mengurangkan pergantungan mengembangkan tenaga kerjanya. \r\n\n\n\n\r  “Negara itu perlu mengurangkan pergantungan pada buruh asing dan berusaha keras membina ekonomi yang dipacu oleh kemahiran tinggi, inovasi dan produktiviti sebagai asas mencapai pendapatan lebih tinggi bagi rakyat Singapura,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen di Singapura, semalam.\r\r\n\n\n\n\nNamun, Tharman berkata, republik itu tidak boleh lari daripada menggunakan khidmat pekerja asing dalam pelbagai industri di Singapura.\rKatanya, pekerja asing  membolehkan republik pulau itu kekal kompetitif pada peringkat antarabangsa, tetapi ia tidak dapat dikekalkan.  \r“Kemasukan berterusan pekerja asing tidak dapat dielakkan akan memberi kesan terhadap ciri-ciri masyarakat kita. \r“Kita perlu mengambil langkah  mengurangkan aliran masuk pekerja asing dan membantu perniagaan menyesuaikan dengan kenyataan bahawa pasaran kekurangan tenaga buruh.\r\n\n\n\r“Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi rakyat Singapura yang berpendapatan rendah dan pertengahan,” katanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.594071 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list