CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Beregu wanita perlu bersaing buru tiket Olimpik

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
REXY Mainaky menegaskan dua pasangan didiknya - Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei - yang bersaing hebat mengisi satu slot beraksi di Sukan Olimpik Julai depan, perlu menentukan nasib mereka sendiri.\r“Saya tidak memihak mana-mana pasangan dan enggan mencetuskan kontroversi. Bagi saya, pasangan mana yang mengutip mata tertinggi, mereka lebih berhak beraksi di London.\r\n\n\n\n\r   “Sehubungan itu, saya bersikap adil dengan memberi peluang sama rata kepada kedua-dua pasangan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang sama bagi mengutip mata kelayakan ke Olimpik hingga April ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Jadi, mereka yang menentukan nasib sendiri,” katanya semalam.\rKedua-dua pasangan itu kini bersaing hebat untuk mewakili negara pada temasya itu dengan Eei Hui-Pei Tty kini menduduki ranking ke-14, manakala Vivian-Khe Wei di tangga ke-19.\rBerdasarkan syarat beraksi di temasya terulung itu, kedua-duanya akan layak secara automatik beraksi di London andai berada dalam kelompok lapan beregu terbaik dunia.\rNamun, jika kedua-duanya hanya menduduki ranking sembilan ke atas sehingga kutipan mata kelayakan berakhir hujung April ini, hanya satu pasangan saja layak mewakili negara.\r\n\n\n\r“Mereka masih mampu mengatasi antara satu sama lain kerana masih ada sekurang-kurangnya enam kejohanan untuk mengutip mata, bermula Terbuka Jerman minggu depan, diikuti Seluruh England dan Terbuka Switzerland,” kata Rexy.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061001 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list